Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

LEBIH ramai lagi akan didakwa dalam kes rasuah penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Pulau Pinang termasuk lelaki yang bekas isterinya jadi sebab 79 individu ditahan agensi anti rasuah secara berperingkat dalam operasi sejak pertengahan April lalu.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, agensi anti rasuah sedang melengkapkan kes sebelum tuduhan lanjutan boleh dikenakan ke atas tertuduh yang lain.

“Kes akan dibawa ke mahkamah awal bulan depan termasuk anggota penguat kuasa yang bekas isterinya membongkar skandal rasuah itu,” kata sumber yang maklum dengan proses siasatan dengan syarat tidak dinamakan.

Kelmarin, sembilan orang termasuk seorang bekas penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dituduh makan suap secara bulanan selama hampir tiga tahun antara Januari 2015 hingga Ogos 2018.

Mereka yang didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Butterworth dikenakan keseluruhan 164 tuduhan melibatkan sogokan antara RM11,000 hingga RM20,000 yang semuanya berjumlah RM135,810.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kes itu selepas bekas isteri salah seorang penguat kuasa JPJ membocorkan maklumat susulan krisis rumah tangga mereka.

SPRM menahan semua 79 penguat kuasa JPJ dan SPAD serta orang awam yang disyaki bersuhabat dalam jenayah rasuah supaya tindakan tidak dikenakan terhadap pemandu lori yang melanggar undang-undang jalan raya.

Sogokan makan bulan itu juga bagi memastikan maklumat operasi pihak berkuasa bocor kepada syarikat lori berkenaan.

The Malaysian Insight difahamkan antara yang ditahan termasuk tiga wanita yang berperanan sebagai orang tengah kepada penguat kuasa JPJ, tonto yang membocorkan maklumat operasi kepada syarikat lori serta pemilik syarikat.

Menurut sumber, JPJ ada rekod pernah menahan tonto wanita itu namun tidak dapat didakwa mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siasatan SPRM mendapati kumpulan itu mempunyai struktur operasi yang tersusun merangkumi urusan pemindahan wang kepada penguat kuasa serta komunikasi antara penguat kuasa dan syarikat lori.

“Tanpa maklumat daripada orang dalam (bekas isteri suspek) skandal sebesar ini tidak mampu dibongkar agensi anti rasuah,” kata sumber.

Bekas isteri penguat kuasa itu yang juga pemilik salun kecantikan dikatakan berperanan sebagai penjaga akaun bank yang digunakan dalam urusan pembayaran sogokan oleh syarikat lori.

Bagaimanapun, selepas diceraikan bekas suaminya yang kahwin lain, wanita itu menyerahkan semua dokumen berkaitan dengan SPRM.

Siasatan setakat ini turut menunjukkan duit sogokan itu digunakan untuk membiayai perbelanjaan hiburan pegawai pengurusan tertinggi jabatan termasuk bermain golf.



from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/05/rasuah-jpj-pulau-pinang-ramai-lagi-akan.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.