Semua pihak termasuk PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) menyatakan perkara yang melibatkan etnik Uighur ini adalah penindasan hak asasi manusia.
Ramai pakar-pakar di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), badan-badan perjanjian, dan pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia bimbang akan situasi di Xinjiang dan meminta China memberikan akses tanpa sekatan ke situ tapi tak pernah dilayan pihak China.
China dilihat agak tersisih dalam hal ini, tiba-tiba Mujahid Menteri Agama boleh pulak siarkan satu posting dalam facebook miliknya mengatakan kononnya Pusat Tahanan itu adalah 'pusat latihan dan vokasional'.
Hakikatnya, pusat tahanan tersebut dikatakan oleh media antarabangsa sebagai 'penjara terbesar di dunia' yang mana etnik Uighur yang beragama Islam dilaporkan dipaksa untuk meninggalkan amalan agama Islam dan menerima komunisme yang menolak amalan beragama.
Lagipun undang-undang di Chinaa melarang apa-apa aktiviti agama di mana-mana tempat awam milik kerajaan terutamanya sekolah. Secara langsung membuktikan mereka yang ditempatkan di pusat tahanan ini tidak akan dibenarkan menjalankan aktiviti agama mereka.
Jadi mai kot mana #RahmatanLilAlamin tu?
Nama atau gelaran yang Mujahid guna tu telah digunakan oleh kerajaan China bagi menunjukkan bahawa tempat tersebut bukanlah suatu pusat tahanan.
PETALING JAYA: Sebuah pertubuhan hak asasi manusia tahu secara langsung “pusat latihan dan vokasional” di Xinjiang, China, yang menurut Menteri Mujahid Yusof Rawa dilawatinya baru-baru ini, memaksa orang Uyghur dan kaum berketurunan Turki lain meninggalkan agama mereka.
Amnesty International Malaysia berkata mereka itu ditahan di pusat-pusat berkenaan tanpa sebarang proses undang-undang kerana dianggap tidak setia pada pemerintah dan Parti Komunis China.
“Pihak berkuasa melabel kem-kem itu sebagai pusat ‘transformasi menerusi pendidikan’ tetapi kebanyakan orang menggelarnya kem ‘pendidikan semula’,” katanya Pengarah Eksekutif Shamini Darshni Kaliemuthu.
“Di kem-kem itu, mereka dikenakan indoktrinasi politik, dipaksa meninggalkan agama, dianiaya, dan dalam beberapa kes, didera.”
Amnesty mengulas kenyataan Mujahid di Facebook tentang lawatannya ke “pusat latihan dan vokasional bagi masyarakat Uyghur”, istilah yang digunakan Beijing bagi menempatkan ribuan orang Islam yang mengkritik dasar China di Xinjiang.
Menurut Mujahid, pusat itu menjalankan aktiviti “latihan perindustrian” seperti menjahit dan mengakhiri kenyataannya dengan #RahmatanLilAlamin.
Majoriti orang Uyghur dan kaum berketurunan Turki di China beragama Islam.
Amnesty berkata ramai pakar-pakar di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), badan-badan perjanjian, dan pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia bimbang akan situasi di Xinjiang dan meminta China memberikan akses tanpa sekatan ke rantau itu.
“China tidak memberi respon positif kepada permintaan ini,” katanya, dan menambah sehingga September 2018, nasib anggaran 1 juta orang tidak diketahui.
“Amnesty menemuramah lebih 100 orang di luar China yang ahli keluarganya di Xinjiang masih hilang, serta individu yang mengatakan mereka diseksa semasa berada di kem tahanan.”
Amnesty juga menarik perhatian kerajaan kepada seorang pelajar PhD di Universiti Teknologi Malaysia, Guligeina Tashimaimaiti yang tiada khabar berita sejak 26 September 2017 apabila dia pulang ke Xinjiang lapor FMT
Persoalannya.. Mujahid ni Menteri Agama dari Malaysia atau dah jadi Menteri Propaganda Negara China.
Takkan dah dijamu makan kenyang-kenyang terus buta kot??
from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/06/oh-di-xinjiang-tu-pusat-latihan.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself