Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas


Ini adalah pandangan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir mengenai isu video seks yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, selain mempersoalkan ketulenan video tersebut Tun juga menyifatkan penyebaran video seks merupakan agenda politik oleh orang tertentu.

Astro Awani melaporkan..

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penyebaran video seks yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merupakan agenda politik oleh orang tertentu. 
Malah, perdana menteri menjelaskan beliau tidak percaya ketulenan video lucah yang dikaitkan dengan Azmin itu. 
“Saya tidak percaya ia tulen. Sekarang, kita boleh banyak perkara dengan video dan gambar sekiranya kita pandai. 
“Mungkin satu hari kamu akan lihat gambar saya pula macam itu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Malam Sejuta Kenangan di Setia City Convention Centre, Shah Alam, Rabu malam. 
Dr Mahathir turut mempersoalkan tindakan individu yang mengaku Muhammad Haziq Aziz yang tidak malu membuat pengakuan kepada orang ramai. 
"Budak itu yang mengaku ini seolah-olah sengaja buat perkara ini. Biasanya orang seperti itu malu untuk mengaku tetapi dia tidak. 
"Sekarang ini dia mengaku dengan (perbuatannya). Apa tujuan sebenar?" soalnya. 
Beliau berkata, tindakan menyebarkan video lucah itu merupakan suatu perbuatan yang kotor dan jijik. 
"Kalau kamu tidak boleh menang mengatasi seseorang jangan buat perkara kotor. Jadikan politik ini bersih. 
"Kalau nak buat seperti itu, setiap hari boleh sahaja berkongsi gambar dan video lucah. Kamu hampir kalah, kamu sebar gambar lucah," katanya.

Sementara itu The Malay Mail Online pula melaporkan..

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penyebaran klip video berunsur lucah dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet dilakukan oleh pihak yang mempunyai agenda politik. 
Beliau berkata video berkenaan sukar dipercayai kebenarannya seperti didakwa memandangkan pada masa kini, banyak pihak yang bijak mampu menyunting dan menghasilkan gambar dan video seumpamanya. 
“Saya tidak fikir (video dan gambar) ini benar. Ia dibuat oleh seseorang dengan agenda politik. Kalau anda nak kalah, anda nampak orang lain nak menang, anda tunjuk gambar lucah. Kalau macam itu, setiap hari boleh tunjuk gambar lucah. 
“Lepas ini boleh nampak gambar saya pula lah. Jangan lakukan kerja kotor ini. Pastikan politik lebih bersih,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Sejuta Kenangan anjuran ketua bahagian, ketua srikandi dan ketua armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Pusat Konvensyen Setia City di sini, malam ini. 
Mengulas lanjut, Dr Mahathir turut mempersoal tujuan sebenar seorang lelaki yang mengaku dirinya terlibat dalam perilaku video berkenaan. 
“Lelaki yang mengaku, ini disengajakan. Kalau tak, tak akan dia nak mengaku. Biasanya, orang itu (pelaku video lucah) malu nak mengaku, tapi ini tak malu. Apa tujuannya?,” katanya. 
Ditanya sama ada beliau ada bertemu dengan menteri Kabinet tersebut mengenai isu video terbabit, Dr Mahathir mengatakan ada berjumpa dengannya seperti biasa semalam namun ia hanya berkaitan mesyuarat Kabinet. 
Dalam pada itu, ditanya pula mengenai wujudnya pertembungan kuasa dalam Parti Keadilan Rakyat ekoran video lucah itu, beliau hanya menyatakan yang pihaknya tidak tahu mengenainya. 
“Cara macam ini (penyebaran video lucah) tak patut ada dalam Malaysia. Kotor sangat dah,” katanya ringkas.
Laporan lanjut sila baca di SINI


Kenapa ya budak yang nama Haziq ni tak malu langsung untuk mengaku??

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/06/pandangan-tun-mahathir-mengenai-video.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.