Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Setiausaha Politik (Setpol) Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Hilman Idham hari ini membuat dua laporan berhubung penyebaran video lucah melibatkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan individu dikenali sebagai Haziq Aziz.

Laporan polis oleh Hilman yang juga Timbalan Ketua AMK Pusat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pagi tadi. Menurut ADUN Gombak Setia, Selangor itu, beliau membuat laporan tersebut agar pihak polis melakukan siasatan terhadap penularan video berkenaan.

“Saya telah buat laporan dan polis telah menerima laporan ini,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan tersebut.

Hilman dan rombongannya kemudian tiba di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Putrajaya kira-kira jam 11.40 pagi untuk membuat laporan qazaf. Qazaf atau perbuatan melemparkan tuduhan zina merupakan suatu kesalahan syariah.

Semalam, Haziq yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat melakukan seks sejenis bersama Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin itu mendakwa video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik di Hotel Four Points di Sandakan lapor Malaysia Dateline

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Zainul Rijal Abu Bakar berkata "Setiausaha sulit kanan timbalan menteri perindustrian utama, Muhammad Haziq Aziz yang mengaku sebagai individu bersama lelaki yang didakwa seorang menteri kanan dalam video seks yang tersebar sejak semalam boleh didakwa di mahkamah sekiranya ada laporan dibuat. 
Menurutnya “Perlu ada laporan terlebih dahulu sabelum tindakan diambil,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pengakuan Haziq. 
Menurutnya, seks luar tabii merupakan satu kesalahan yang termaktub dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan Kanun Keseksaan. 
“Bagaimanapun seseorang itu tidak boleh didakwa di 2 mahkamah berbeza. 
“Sekiranya dituduh di Mahkamah Syariah, maka individu tersebut tidak lagi boleh didakwa di mahkamah sivil,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sidang media bekas peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Syazlin Mansor anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM), di sini, semalam. 
Zainul berkata, laporan dan pendakwaan itu juga perlu dilakukan di Sandakan dan pihak berkuasa agama negeri Sabah boleh mengambil tindakan.
Laporan penuh sila baca di SINI

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/06/setpol-azmin-buat-laporan-polis-qazaf.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.