Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tetap optimis dan berikrar untuk terus berkhidmat dengan memastikan kementeriannya dapat menggubal beberapa dasar baharu bagi memastikan penjanaan ekonomi negara yang lebih mampan.

“Fokus saya sekarang adalah untuk terus memastikan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dapat menggubal dasar-dasar baharu dan sekarang ini kita sudah memulakan perbincangan tentang Rancangan Malaysia ke-12 sejak sebulan yang lalu,” katanya.

Beliau berkata kerajaan mahu pendekatan baharu diambil bagi memastikan penjanaan ekonomi yang lebih mampan serta dapat mengembalikan semula keyakinan pelabur asing kepada Malaysia.

“Saya nampak perkembangan positif dan kita berikan tumpuan kepada hasil-hasil baharu negara dan teknologi baharu seperti Artificial Intelligent, digital dan sebagainya kerana itulah yang dapat menjana pertumbuhan dan sumber baharu bagi negara,” katanya.

Biarpun sedang berdepan ujian paling getir dalam karier politiknya ekoran dikaitkan dengan kontroversi video lucah, Azmin yang kelihatan tenang ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya di sini semalam, mahu memberi tumpuan dalam mengembalikan semula keyakinan pelabur asing kepada pasaran Malaysia.

“Saya kena banyak bersabar dan akan terus bertabah. Saya yakin ini adalah politik kotor orang yang ‘desperate’, yang tewas dan tidak lagi mendapat sokongan rakyat, yang cuba menggunakan taktik kotor seperti ini tetapi bagi saya sebagai pemimpin, kita harus tegas dengan perkara ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azmin berkata kementeriannya akan meneruskan perbincangan dengan kerajaan negeri Pulau Pinang yang merupakan antara negeri yang termaju di Malaysia dan penyumbang terpenting kepada ekonomi negara.

Beliau berkata perbincangan itu akan menyentuh tentang pengagihan pertumbuhan hasil ekonomi serta memastikan keperluan seluruh rakyat Pulau Pinang dapat dijamin dan diberikan perhatian.

“Kita mahu pembangunan di negeri ini dapat diteruskan bukan sahaja di bahagian pulau tetapi juga di Seberang Perai. Kita mahu semua warga Pulau Pinang mendapat hak pembangunan yang adil dan saksama,” katanya lapor The Malay Mail

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/06/video-lucah-kerja-orang-terdesak-kata.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.