Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Presiden PKR Anwar Ibrahim menyokong keputusan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk tidak menghantar pulang pendakwah Dr Zakir Naik ke India, walaupun didesak beberapa pihak termasuk pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH).

Anwar berkata, keputusan menyokong tindakan Mahathir itu bukan bermakna beliau taksub terhadap Naik, tetapi keputusan itu dibuat mengikut jalur hukum dan pertimbangan kemanusiaan, bukannya berasaskan sentimen atau desakan mana-mana pihak.

“Kalau kita lihat kenyataan beliau (Naik), dia konsisten begitu. Dia agak provokatif dan dalam wacana antara agama mungkin agak menyinggung. Tetapi saya tidak fikir beliau sengaja hendak menghina atau mempertikai kedudukan orang Cina atau India.

“Masalah kalau (Naik) berucap akan timbulkan ketegangan, itu sudah diselesaikan (dengan larangan Naik berceramah). Oleh demikian saya tidak fikir ini harus dikaitkan dengan gesaan atau desakan supaya dia dikirim pulang ke India.

“Jadi saya sokong untuk beliau kekal di Malaysia, terutama ketika siasatan terhadapnya diteruskan,” katanya menurut laporan Berita Harian, sewaktu beliau mengadakan Program Jelajah Presiden di Bangunan PKR di Kuala Terengganu hari ini.

Bukan itu sahaja, Anwar turut menggesa dan merayu supaya Naik mengelak daripada dijadikan mangsa dalam percaturan politik pihak tertentu.

Baru-baru ini Naik diselubungi kontroversi, berhubung kenyataan beliau mengenai masyarakat Cina dan India Malaysia.

Naik dilaporkan berkata, dalam isu ekstradisinya ke India, masyarakat Hindu di Malaysia menikmati “100 kali lebih banyak hak” berbanding orang Islam di India, tetapi lebih menyokong perdana menteri negara itu berbanding perdana menteri Malaysia.

Beliau juga dilaporkan berkata, sekiranya kedudukannya sebagai “tetamu” di negara ini kerana tidak dilahirkan di sini dijadikan sebab beliau perlu dihantar pulang ke India, maka orang Cina sebelum ini yang tidak dilahirkan di sini juga adalah “tetamu lama” yang perlu dihantar pulang sebelum beliau.

Kenyataan tersebut mencetuskan kritikan keras daripada sesetengah pihak, termasuk Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy, ahli Parlimen Klang Charles Santiago; ahli Dewan Undangan Negeri DAP Satees Muniandy; Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran dan bekas duta, Dennis Ignatius.

Naik bagaimanapun akhirnya mengemukakan permohonan maaf berhubung isu berkenaan.

Naik kemudiannya membuat laporan polis terhadap 5 individu tersebut, yang mempertahankan kritikan mereka terhadap beliau lapor FMT

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/08/anwar-sokong-keputusan-mahathir-tidak.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.