Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Polemik isu peralihan kuasa di antara Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya dihentikan segera.

Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail berkata, sebelum ini polemik itu dicipta dan dipanjangkan oleh pembangkang Umno dan Pas.

Oleh itu, menurutnya, beliau berasa hairan mengapakah pemimpin PKR dan BERSATU dalam Pakatan Harapan (PH) turut menari mengikut rentak politik parti pembangkang.

“Tun Mahathir dilantik (sebagai calon PM) melalui konsensus PH dan ia sah secara bertulis mahupun lisan.

“Jadi, isu peralihan tidak patut dipanjangkan. Tun dilantik sebab ketika itu (2018) Anwar masih menerima hukuman. Dan perjanjian itu telah dipersetujui oleh kesemua presiden parti gabungan PH. Bukannya keputusan individu,” katanya.

Sebelum ini, Adun Bersatu Selangor dan beberapa pimpinan Bersatu Johor telah menyatakan pendirian mahu Tun memimpin negara sehingga tamat penggal. Manakala dalam PKR sendiri, Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali memberi sokongan terbuka agar Tun kekal sebagai PM sehingga pilihan raya umum ke 15.

Mengulas lanjut, Azan menegaskan agar pemimpin-pemimpin kecil dalam komponen PH tidak terjebak dalam ‘permainan’ pembangkang sehingga PKR atau PH berpecah belah.

“Jangan jadi buta dan hanyut dengan permainan pembangkang. Sebagai contoh Pas, sebelum ini mereka mengkritik Umno untuk menjatuhkan kerajaan ketika itu, dan hari ini mereka berlakon pula menyokong PH, sedangkan ada agenda di sebaliknya.

“Pembangkang nak melaga-lagakan kita. Takkan itu pun tak nampak lagi?,” tanya Azan.

Azan turut menyokong kenyataan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu bahawa isu peralihan kuasa hanya boleh diputuskan oleh presiden keempat-empat parti komponen PH dan bukannya pemimpin bawahan.

“Jadi, saya minta Majlis Presiden PH segera adakan perbincangan dan muktamadkan segera.

“Saya bimbang sekiranya isu ini berlarutan, keyakinan rakyat terhadap kerajaan baharu akan terhakis.

“Oleh itu, keputusan (peralihan kuasa) harus disegerakan seperti mana PH mahu menumbangkan Umno sebelum ini,” ujarnya.

Semalam, Pengerusi Perhubungan PKR Kedah Datuk Johari Abdul menegaskan Tun Mahathir boleh menjadi PM sehingga akhir penggal sekiranya majlis Presiden PH menyetujuinya.

Jika tidak, maka perkara yang dipersetujui sebelum ini, iaitu peralihan kuasa akan berjalan sebagaimana yang dijanjikan. – RF8 Media

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/08/peralihan-kuasa-pm-jangan-ikut-rentak.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.