Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Kenyataan berulang kali berkaitan isu tempoh jawatan Perdana Menteri hanya akan membuatkan rakyat berasa ‘meluat’, demikian kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, fokus sekarang sepatutnya bertumpu kepada usaha kerajaan dalam menunaikan kewajipan dan memberikan ruang secukupnya bagi kerajaan menjalankan kerja-kerja untuk rakyat.

Setiap keputusan yang dicapai secara persepakatan oleh kepimpinan semua parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya umum yang lepas adalah sudah memadai untuk menguruskan perkara itu (tempoh jawatan Perdana Menteri).

“Tidak guna cakap perkara yang sudah setuju dalam formula sebelum pilihan raya umum dulu, kalau isu ini diulang tak sesuai kesannya pada rakyat.

“Beri ruang kepada kerajaan dan Perdana Menteri, sesuai dengan mandat dan sokongan majoriti kepada PH untuk selesaikan tugas sebagai kerajaan, kerja kita sangat banyak,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) di sini, hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin parti mengenai peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya.

Beliau berkata, tindakan mengeluarkan kenyataan berkaitan isu berkenaan setiap hari juga bukanlah sesuatu yang produktif sebaliknya semua pihak perlu lebih kerap turun padang dan fokus kepada rakyat.

Katanya, mereka yang sering memberi komen berhubung isu itu juga sebenarnya adalah orang luar dan bukan dalam kalangan mereka yang duduk dalam ‘kelambu’ PH lapor MMO

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/08/rakyat-dah-meluat-isu-siapa-ganti-pm.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.