Semalam seorang Pesara tentera laut yang kini dilantik sebagai Senator dari PKR Mohd Imran Abd Hamid telah mencadangkan undang-undang gangguan seksual untuk melindungi kaum lelaki daripada tergoda dan terjebak dengan jenayah seperti rogol.
“Wujudkan satu akta gangguan seksual ke atas kaum lelaki akibat perlakuan, percakapan dan pemakaian kaum wanita yang boleh sebabkan kaum lelaki tergoda hingga boleh sebabkan perbuatan seperti sumbang mahram, rogol, meraba, pornografi dan sebagainya,” katanya.
Beliau memberitahu Dewan Negara, gesaan itu dibuat supaya golongan lelaki “selamat” dan seteruskan “negara jadi aman”.
Tanpa berfikir panjang.. Timbalan Speaker Dewan Negara Abd Halim Abd Samad menyampuk dan mengatakan itu satu “pandangan yang baik”.
Cadangan Senator yang juga Bekas Ahli Parlimen Lumut itu dibidas berbagai pihak, antaranya Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh.
"Bayi dan kanak-kanak turut menjadi mangsa jenayah yang sama. Mereka tidak tahu bagaimana untuk menggoda lelaki, tetapi mereka termasuk dalam statistik itu.
"Tuhan tidak menjadikan manusia sama dengan binatang. Manusia diberi kuasa untuk membuat keputusan, berfikir, untuk mengawal perasaan .
Penasihat Lawyers for Liberty (LFL) N Surendran pula berkata kenyataan itu “mengejutkan” dan menyifatkan Imran memerlukan bantuan kaunseling.
"Kenyataannya itu adalah penghinaan kepada partinya, PKR, Kenyataan sebegini mengiyakan keganasan seksual terhadap wanita,"
Pengarah Eksekutif Sister In Islam, Rozana Isa turut memberikan reaksi sama dan mengatakan kaum lelaki sepatutnya bijak mengawal fikiran, perkataan, perbuatan mereka dan tidak pandang remeh jenayah terhadap golongan wanita.
“(Pandangan itu) Ia seolah-olah lelaki tidak mempunyai keupayaan untuk berfikir sendiri dan membezakan antara yang betul dan yang salah.
“Gangguan seksual dan rogol adalah perbuatan keji terhadap wanita dan lelaki mesti bertanggunjawab jika mereka melakukan jenayah ini, tanpa mengira apa yang wanita tersebut pakai,”
Ketua Wanita PKR Haniza Talha turut menyelar kenyataan senator itu yang juga dari PKR.
"Rogol berlaku kepada wanita yang berpakaian sopan (juga).
"Orang yang memerlukan perlindungan adalah mangsa penderaan seksual, dan bukan pelaku (jenayah seksual) dan perogol," kata Haniza.
Kenyataan Imran itu turut dikritik oleh Senator Khairul Azwan Harun yang mewakili Umno, Jelasnya, cadangan sedemikian patut ditolak sekiranya Malaysia mahu menjadi negara yang progresif.
"Pandangan beliau (Mohd Imran) itu adalah kuno, regresif dan patriaki.
"Kita mesti menolak kenyataan seperti ini, komen dan pandangan itu jika kita ingin menjadi negara yang progresif," katanya
Presiden PKR sendiri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu kenyataan media berkata cadangan tersebut tidak munasabah dan menghina golongan wanita dan memberi gambaran bahawa golongan lelaki tidak bermoral dan mudah tergoda hingga boleh terlibat dengan perbuatan keji.
KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
1 OGOS 2019
Kelmarin di Dewan Negara, YB Senator Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid mencadangkan undang-undang gangguan seksual untuk melindungi kaum lelaki daripada tergoda dan terjebak dengan jenayah seperti rogol.
Ingin saya jelaskan bahawa KEADILAN menolak cadangan tersebut kerana ia dilihat tidak munasabah dan menghina golongan wanita.
Cadangan tersebut juga memberi gambaran bahawa golongan lelaki tidak bermoral dan mudah tergoda hingga boleh terlibat dengan perbuatan keji.
Adalah lebih molek sekiranya kita memfokuskan terhadap agenda memartabatkan wanita dengan memperkasa undang-undang dalam menolak sebarang serangan seksual terhadap mereka.
Oleh yang demikian, saya meminta supaya YB Senator Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid menarik balik cadangan tersebut.
ANWAR IBRAHIM
Hari ini.. setelah dikecam teruk.. Senator Mohamad Imran Abd Hamid menarik balik cadangannya untuk mewujudkan akta gangguan seksual bagi melindungi lelaki daripada godaan wanita.
“Walaupun niat saya ikhlas tetapi tidak menyangka ia dilihat kesilapan besar yang telah menyinggung ramai kaum wanita dan tidak kurang juga kaum laki-laki kerana dianggap menghina.
“Oleh yang demikian saya mohon jutaan maaf dan menarik balik cadangan yang saya kemukakan,” kata bekas pegawai kanan tentera laut itu dalam kenyataan ringkasnya pagi ini.
Kah.. Kah.. Kah... buat kerja apalah dia ni..
from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/08/setelah-teruk-dikecam-senator-tarik.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself