Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Dituduh seorang yang anti-Semitik, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau hanya menggunakan hak kebebasan bersuara apabila memberi komen mengenai kaum Yahudi. 

“Kenapa saya tidak boleh mengatakan sesuatu tentang Yahudi sedangkan ramai orang yang mengatakan tidak baik mengenai saya, mengenai Malaysia dan saya tidak membantah, tidak melakukan demonstrasi,” katanya.

Dr Mahathir yang kini berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-74 turut menekankan bahawa orang ramai sepatutnya bersedia mendengar pendapat yang tidak menyebelahi mereka demi kebebasan bersuara.

“Kebebasan bersuara adalah bebas untuk bersuara, apabila anda berkata, anda tidak boleh berkata begitu, anda tidak boleh menjadi anti-Semitik, jadi tiada lagi kebebasan bersuara,” kata Dr Mahathir yang menjawab semula soalan daripada hadirin pada Forum Pemimpin Dunia di sini, Rabu.

Dr Mahathir dilaporkan sebelum ini mempersoalkan berapakah jumlah orang Yahudi yang maut ketika peristiwa Holocaust.

Beliau turut mengimbas kembali seorang wartawan telah dipenjarakan kerana mempertikaikan angka kematian tersebut.

“Saya pernah berkata, siapa yang menentukan jumlah itu. Jika ia menyebelahi (anda), kamu mendapat satu angka, dan yang tidak memihak, kita mendapat angka yang lain.

“Jadi saya terima bahawa Holocaust memang wujud dan ramai orang Yahudi yang dibunuh. Dan pada satu ketika saya amat bersimpati terhadap mereka ketika peperangan itu,” katanya lapor MMO

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/09/salah-apa-persoal-yahudi-tun-m.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.