Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Anwar Ibrahim sememangnya tidak memerlukan sokongan PAS untuk diangkat sebagai perdana menteri kelapan selepas kesemua ahli Parlimen parti Islam itu sebulat suara memberi sokongan terbuka kepada pimpinan Dr Mahathir Mohamad untuk menerajui Putrajaya sehingga habis penggal, kata penganalisis.

Hal ini kerana, kedua-dua pihak antara presiden PKR itu dan PAS mempunyai hubungan berbentuk ‘mutual hatred’ iaitu sikap saling membenci dan tidak memerlukan satu sama lain.

“Anwar sendiri tidak memerlukan sokongan PAS untuk menjadi perdana menteri kerana beliau sudah mempunyai sokongan mencukupi daripada PH (Pakatan Harapan) selaras dengan muafakat dalaman antara pemimpin PH,” kata Kamarul Zaman Yusof ketika dihubungi.

Tambah beliau, walau apa pun yang dibuat oleh Anwar untuk memenangi hati PAS tidak akan berjaya kerana ia dilihat berpendirian untuk tidak menyokong beliau.

“Ini kerana pendirian Anwar mengenai isu agama dan kebangsaan terlalu jauh berbeza dengan pendirian PAS.

“Tambahan pula kenaikan Anwar sebagai perdana menteri adalah bergantung kepada sokongan DAP, dan tidak ada jalan untuk PAS menerima DAP,” katanya.

Minggu lalu, enam ahli Parlimen BN dan kesemua 16 ahli Parlimen PAS tampil memberi sokongan agar Mahathir meneruskan mandat sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum seterusnya.

Mereka dilaporkan berkata peralihan kuasa tidak membawa sebarang manfaat kepada negara.

Sementara itu, Mohamed Mustafa Ishak turut berpandangan sama dengan mengatakan PAS masih meragui keupayaan Anwar untuk mengawal DAP dalam kerajaannya nanti.

“Atau barangkali ia adalah satu pendirian yang telah ditetapkan oleh PAS sendiri. Justeru, Anwar perlu terus berusaha memujuk PAS sekiranya sokongan PAS diperlukan olehnya,” kata beliau.

Bagaimanapun, Mohamed Mustafa tidak menolak kemungkinan PAS bersikap sedemikian kerana tersinggung dengan tuduhan oleh Anwar terhadap parti itu, terutamanya melibatkan dakwaan PAS pernah menerima dana RM90 juta dari Umno.

“PAS mungkin amat tersinggung dan kecewa dengan tuduhan yang dibuat itu,” katanya merujuk kepada dakwaan Anwar, yang juga ahli Parlimen Port Dickson dalam sebuah forum di Nilai, Negeri Sembilan, pada April lalu, mendakwa mengetahui jumlah dana yang diterima pemimpin PAS dan identiti penerima serta akan mendedahkannya dalam masa terdekat.

Dakwaan itu disambut Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang meminta Anwar mendedahkan identiti pemimpin PAS yang didakwa menerima dana 1MDB, hasil pemberian Umno.

Untuk rekod, tiada sebarang pendedahan dibuat sehingga hari ini... lapor FMT

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/10/anwar-tidak-perlu-sokongan-pas-untuk.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.