Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

PETALING JAYA: Dua Adun DAP, P Gunasekaran dan G Saminathan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan keganasan di bawah Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, kira-kira tiga minggu selepas mereka ditahan dalam operasi ke atas penyokong kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Mereka merupakan antara lapan yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di empat negeri hari ini bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas LTTE..

Adun Seremban Jaya, Gunasekaran dan Adun Gadek, yang juga Exco Melaka, Saminathan, dibawa ke Mahkamah Seysen Ayer Keroh pagi ini bersama ahli perniagaan, S Chandru, dalam kemunculan pertama selepas ditahan pada 10 dan 12 Okt lalu..

Gunasekaran, Saminathan dan Chandru diwakili peguam DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh..

Veteran DAP, Lim Kit Siang dan Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran antara pemimpin kanan DAP yang hadir di mahkamah untuk memberi sokongan moral kepada ahli parti itu..

Tujuh individu lain dibawa ke mahkamah di Segamat, Kuala Kangsar, Sepang dan Selayang untuk berdepan pertuduhan memberi sokongan kepada LTTE atau memiliki barangan berkaitan kumpulan pengganas itu..

Hakim menolak ikat jamin bagi tiga ahli DAP itu dan mereka akan dihantar ke Penjara Sungai Buloh..

Baki lagi individu dijangka dihadapkan ke mahkamah pada Khamis..

Seramai 12 individu itu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan mereka antara lain didakwa cuba menghidupkan semula LTTE yang disenaraikan sebagai kumpulan pengganas di Malaysia sejak 2014..

2 didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar.



Dalam pada itu, seorang juruteknik S Arivainthan, 27, dan pemandu teksi V Balamurugan, 37, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE, sejak 2014.

Bernama melaporkan, kedua-dua mereka yang berpakaian lokap warna ungu hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Mengikut pertuduhan, Arivainthan dan Balamurugan didakwa memberi sokongan kepada LTTE pada satu majlis di Dewan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Cawangan Sungai Siput (Utara) antara 6.30 petang sehingga 11.45 malam, 28 Dis 2014 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan.

Mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan, tertuduh jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu.

Selain itu, Balamurugan turut didakwa memiliki item berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan LTTE dalam seunit telefon bimbit jenama Samsung Galaxy A7 di pekarangan Stesen Teksi Sungai Siput (U) kira-kira pukul 9.40 pada 10 Okt lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda dan hendaklah juga dilucuthakkan mana-mana item tersebut.

Pemandu teksi itu juga didakwa memiliki dan mempamerkan item berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan dengan LTTE di sebuah premis di No.52 Taman Bukit Medan, Sungai Siput (U), Perak pada pukul 9.50 pagi pada 10 Okt lepas.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 130JB(1)(b) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda dan hendaklah juga dilucuthakkan mana-mana item tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin manakala Arivainthan diwakili peguam RSN Rayer sementara Balamurugan diwakili Farhan Fadzil dan Matthews Jude.

Terdahulu, barisan peguam bela memohon mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin atas alasan mereka dituduh mengikut Kanun Keseksaan yang tiada kenyataan dan izin daripada pihak pendakwa raya yang mewajibkan mahkamah menjalankan prosiding itu mengikut kaedah atau peruntukan Sosma.

Bagaimanapun mahkamah tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin kerana membabitkan jenayah keselamatan dan menetapkan menetapkan 28 Nov ini untuk sebutan semula kes.

Sementara di luar mahkamah, Rayer memberitahu pihaknya akan membuat rayuan berhubung isu ikat jamin anak guam mereka di Mahkamah Tinggi Ipoh selewat-lewatnya esok.

Rayer memberitahu FMT, kedua-duanya didakwa menyertai satu upacara menyokong LTTE di Sungai Siput pada 28 Dis 2014.

“Saya berhujah dakwaan terhadap mereka tidak jelas dan ikat jamin perlu ditawarkan.”

Bagaimanapun, katanya, pihak pendakwaan meminta hakim tidak membenarkan ikat jamin kerana mereka ditahan di bawah Sosma.

Penghantar surat didakwa di Segamat

Sementara itu, seorang penghantar surat didakwa di Mahkamah Sesyen Segamat atas pertuduhan memiliki item berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan dengan LTTE.

S Teran, 38, yang bekerja di sebuah pejabat peguam di Segamat memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Rasidah Roslee.

Tertuduh yang masih bujang dan bakal melangsungkan perkahwinan pada Dis ini didakwa melakukan perbuatan itu di alamat 10M, Jalan Genuang, Kampung Paya Pulai, Segamat, kira-kira 6.30 petang, 10 Okt lepas.

Dia juga didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, Teran boleh dipenjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda dan dilucuthakkan mana-mana item tersebut.

Peguam A Mathan memohon mahkamah membenarkan jaminan diberikan kepada Teran dengan alasan tertuduh mengalami masalah tulang belakang.

Tertuduh, katanya, menjalani rawatan akibat sakit itu pada 25 Julai lepas dan kini memerlukan rawatan susulan.

Rasidah dalam penghakimannya berkata, permohonan tertuduh untuk diberikan jaminan tidak dipertimbangkan sehingga dia mengemukakan laporan perubatan lengkap bagi diteliti mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 Nov ini untuk pengurusan kes bagi meneliti laporan perubatan tersebut dan laporan pakar forensik.

LAporan penuh sila baca di SINI

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/10/ltte-2-adun-dap-antara-8-didakwa-hari.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.