Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

NEGARA lokasi Low Taek Jho atau Jho Low, 38, dipercayai bersembunyi enggan memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menangkap ahli perniagaan dalam buruan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, sebaliknya pihak berkuasa negara terbabit memberi alasan tidak masuk akal, termasuk dakwaan Jho Low sudah membuat pembedahan wajah menyerupai beruang.

“Alasan yang diberikan kononnya dia (Jho Low) sekarang mengubah rupanya, alasan yang diberikan kepada saya dia mungkin sudah menjalani pembedahan mukanya dan menyerupai beruang.

“Muka dia sekarang sama dengan muka beruang, saya tak tahulah, tetapi kononnya dia dah mengubah rupa bentuk mukanya.

“Tetapi, dia terus berada di negara itu dan mendakwa kononnya dia susah nak dikesan, dia sekarang muka menyerupai beruang, dan ada kalanya apabila dia berjalan akan menyerupai tambadau (bahasa dialek Sabah bermaksud badak), jadi dari belakang bila kita lihat rupanya begitulah rupanya. Adakah logik alasan yang diberikan ini?” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Surat Penghargaan Ketua Polis Negara (tolak rasuah) di Batalion 24 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani; Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Datuk Abd Rahim Jaafar; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah dan Komander Briged Sabah (PGA), Senior Asisten Mancha Ata.

Mengulas lanjut mengenai laporan terbaharu Jho Low dikesan menggunakan pasport Cyprus, Abdul Hamid berkata, perkara itu bukan sesuatu yang baharu kerana ada negara tertentu yang menjual nilai kedaulatan dengan cara mudah termasuk menjual pasport.

“Ini kerana negara berkenaan memerlukan wang untuk ekonomi dan dia (Jho Low) ni perompak tegar telah mengambil kesempatan (eskploitasi).

“PDRM sedang menyiasat perkara ini dan sudah berhubung dengan pihak penguat kuasa antarabangsa dan saya tak perlu sebut siapa dia, untuk menjejaki sekiranya ada harta hasil rompakan wang negara kita dilaburkan atau digunakan untuk membeli apa-apa juga harta di sana,” katanya.

Katanya, polis sedang dalam operasi menjejak ke mana perginya wang dibelanjakan oleh perompak moden terbabit.

“Dia (Jho Low) memang berada di sana di tempat yang saya sebutkan tadi, dia memang dilindungi, satu pendekatan atau tindakan oleh negara berkenaan yang tidak bertanggungjawab, enggan memberikan kerjasama kepada kita.

“Dalam memerangi kes jenayah, sepatutnya kita dengan mana-mana negara pun kita harus bekerjasama dan bukan bertindak melindunginya sebab kes ada kaitan politik sebelumnya.

“Ini perbuatan jenayah, dia (Jho Low) merompak wang sebuah negara dan dia mendapat perlindungan di sebuah negara dan kita memohon kerjasama untuk menghantar dia balik ke sini.

“Tetapi, dia seolah-olah kebal pula dan mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa negara terbabit,” katanya.

Ditanya mengenai sama ada PDRM sudah membuat permohonan ekstradisi terhadap Jho Low, beliau menjelaskan pihak polis sudah melakukan semua prosedur untuk membawa pulang ahli perniagaan yang menjadi buruan itu.

“Semuanya dah ada, semuanya dah kita buat tetapi kalau pihak itu tidak mahu menyerahkan kepada kita, kita tak boleh nak buat apa.

“Tetapi saya akan dedahkan satu ketika nanti apa yang mereka lakukan satu sifat, sikap, tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Saya bersangka baik dengan semua negara dalam hal-hal yang membabitkan jenayah, ini bukan ada kena mengena dengan politik, kaum atau agama sebaliknya membabitkan seorang perompak,” tegasnya lapor Harian Metro

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/11/jho-low-dah-ubah-wajah-jadi-beruang.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.