Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Pemimpin Umno, Nazri Aziz menyifatkan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam bersikap kebudak-budakan kerana menggesa parti mengambil tindakan terhadap bekas naib presiden, Hishammuddin Hussein.

Beliau yang juga bekas setiausaha agung Barisan Nasional berkata, sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman sepatutnya membawa perkara itu ke mesyuarat pimpinan tertinggi parti, bukannya mendedahkan kepada umum.

“Letakkan kepentingan parti atasi segala-galanya, bukannya individu. Sewaktu Umno bersidang pada Perhimpunan Agung Umno 2019, itulah forum tertinggi.

“Apabila Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan tidak ada tindakan disiplin diambil terhadap Hishammuddin dan disokong dalam perhimpunan agung, maka ia sudah jadi keputusan,” katanya.

Lokman sebelum ini mendakwa Zahid dan Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa melindungi Hishammuddin susulan penangguhan sesi perjumpaan lembaga disiplin pada Khamis lalu.

Beliau turut menggelar Hishammuddin pengkhianat parti dan mendakwa ia bukan kali pertama presiden atau setiausaha agung Umno campur tangan dalam siasatan membabitkan pemimpin itu.

Lembaga disiplin sebelum ini menyerahkan surat tunjuk sebab kepada Hishammuddin atas dakwaan beberapa kesalahan yang dilaporkan, termasuk mempengaruhi ahli Umno Sabah menyertai PPBM.

Nazri yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, laporan mengatakan Hishammuddin, yang cuba membentuk “kerajaan pintu belakang”, dipanggil lembaga disiplin tidak memberi sebarang makna selepas Zahid membatalkan siasatan ke atasnya.

“Soal kata ada urusan campur tangan itu tidak betul kerana semua yang berlaku adalah mengikut perlembagaan. Apa-apa aduan dibuat perlulah dibuat kepada Majlis Tertinggi, bukannya kepada lembaga disiplin parti.

“Majlis Tertinggi yang akan maklumkan dan ambil keputusan meminta siasatan dibuat. Apa-apa keputusan lembaga disiplin mesti serahkan semula kepada Majlis Tertinggi untuk pengesahan.

“Ini bermakna, kuasa sebenar adalah Majlis Tertinggi bukannya lembaga disiplin. Apabila lakukan siasatan dan dapati ada bukti individu itu bersalah, keputusan juga perlu tetap dibawa ke Majlis Tertinggi untuk pengesahan.”

Beliau percaya sebarang keputusan Majlis Tertinggi membabitkan Hishammuddin dibuat selepas memikirkan kepentingan politik parti pada masa ini.

Lokman membuat laporan kepada lembaga disiplin parti selepas Hishammuddin didakwa antara lebih 20 ahli Parlimen BN menemui Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali di kediaman rasminya di Putrajaya bulan lalu, dipercayai untuk menghalang sebarang cubaan memaksa Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan perdana menteri.

Lokman mendesak tindakan disiplin diambil terhadap Hishammuddin kerana cuba menggerakkan ahli Parlimen Umno mengisytiharkan sokongan kepada Mahathir dan Azmin lapor FMT

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/12/lokman-noor-adam-macam-budak-budak-kata.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.