Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Lafaz sumpah laknat oleh seseorang tertuduh di mahkamah tidak mempunyai merit di sisi undang-undang sivil, kata peguam.

Tanpa merujuk mana-mana kes tertentu, Arik Zakri Abdul Kadir berkata hanya perakuan sumpah di depan hakim sahaja yang diterima dalam prosiding mahkamah bagi jenayah sivil.

Jelasnya, kenyataan sumpah yang dibuat di luar mahkamah hendaklah mematuhi prosedur akuan bersumpah (SD).

Bagaimanapun, katanya, nilai SD masih tidak kuat dalam prosiding mahkamah sivil.

“Bukti yang terbaik adalah tertuduh membuat keterangan bersumpah di kandang saksi dalam perbicaraan,” katanya.

Arik bagaimanapun berkata lafaz sumpah laknat boleh dipertimbangkan dalam prosedur mahkamah syariah.

FMT dimaklumkan SD hanya tertakluk kepada 2 perbicaraan sahaja iaitu kes melibatkan muhabalah (akidah) dan li’an iaitu situasi apabila suami menuduh isterinya berzina.

Minggu lalu, bekas perdana menteri Najib Razak bertindak membuat sumpah laknat menafikan beliau pernah mengarahkan bekas pegawai polis, Azilah Hadri atau mana-mana individu lain membunuh warga Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Najib pernah melafazkan sumpah laknat yang sama ketika beliau memegang jawatan timbalan perdana menteri 11 tahun lalu di Masjid Guar Perahu, Pulau Pinang, menafikan beliau mengenali Altantuya.

Mengulas lanjut, Arik berkata apa-apa pernyataan yang dibuat oleh seseorang saksi di luar mahkamah mempunyai nilai berat (weight age) yang ringan sahaja.

Malah, katanya, kebiasaannya ia tidak pun diambil kira oleh mahkamah, melainkan pernyataan itu dibawa masuk ke dalam prosiding mahkamah untuk diuji oleh pihak lawan dan dinilai.

“Yang terbaik, ialah pernyataan saksi secara terus.

“Ia merupakan pembuktian yang terbaik, sebaliknya pernyataan saksi di luar mahkamah adalah ‘hearsay.”

Azilah, dalam akuan bersumpahnya mendakwa Najib, ketika menjadi timbalan perdana menteri, memberi arahan untuk membunuh Altantuya.

Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 di hutan di Puncak Alam berdekatan Shah Alam, Selangor, dengan tembakan ke kepala sebelum tubuhnya diletupkan.

Najib juga berulang kali menolak tuduhan penglibatannya dalam jenayah itu.

Azilah, bekas komando Unit Tindakan Khas, baru-baru ini memfailkan SD untuk menyemak semula sabitan pembunuhan terhadapnya lapor FMT

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/12/sumpah-laknat-dan-sd-tak-laku-di.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.