Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

ANGKA kematian akibat Koronavirus kini meningkat kepada 213 kes berbanding 171 kes semalam. 

Ia susulan 42 kes kematian terbaharu yang dicatatkan di China. Daripada jumlah itu, 30 kematian dilaporkan di Wuhan, wilayah Hubei .

Sehingga kini, 5,806 kes Koronavirus dilaporkan di wilayah berkenaan. Kira-kira 804 pesakit dilaporkan dalam keadaan serius dan 290 lagi dalam kritikal.

Manakala, seramai 32,340 orang masih dalam pemantauan susulan penularan wabak berkenaan. Hospital Huoshenshan dan Leishenshan dikhususkan untuk merawat pesakit Koronavirus di China.

Pada masa sama, pihak berkuasa dijangka menambah lebih 2,000 katil pesakit bagi menampung pertambahan jumlah kes Koronavirus di negara republik itu.

Dalam pada itu, Beijing turut menghantar lebih 7,000 kakitangan perubatannya ke Hubei bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja untuk menangani kes berkenaan.

Laporan dipetik dari AstroAwani yang disiarkan di SINI

AstroAwani juga melaporkan bahawa Jumlah kes koronavirus sudah melebihi jangkitan SARS pada 2002-2003

BEIJING: Bilangan jangkitan wabak novel koronavirus dari China sudah merebak kepada lebih 8,200 orang di seluruh dunia pada Khamis, melebihi daripada jumlah jangkitan epidemik Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada tahun 2002-2003.

Reuters melaporkan, kebanyakan kes positif dikesan di negara ekonomi kedua terbesar di dunia itu, berpunca daripada sebuah pasar hidupan liar haram di bandar Wuhan.

Lebih daripada 100 kes telah dikenal pasti di negara-negara lain, dari Jepun hinggalah Amerika Syarikat.

SARS yang juga berasal dari China, menjangkiti 8,098 orang dan mengorbankan kira-kira 800 orang dan menjejaskan ekonomi global mengalami kerugian hingga AS$33 bilion pada 2003.



from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2020/01/koronavirus-angka-kematian-meningkat.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.