Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

PERDANA Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan Dewan Rakyat akan bersidang pada 2 Mac ini bagi menentukan calon Perdana Menteri kelapan.

Mahathir berkata, Dewan Rakyat adalah forum terbaik untuk mendapat keputusan itu memandangkan pertemuan Ahli Parlimen dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak mendapat pendirian majoriti.

"Disebabkan itu, forum terbaik adalah Dewan Rakyat untuk tentukan siapa yang mendapat sokongan majoriti sebagai Perdana Menteri.

"Namun, jika Dewan Rakyat gagal mendapatkan seseorang dengan sokongan majoriti, maka pilihan raya perlu diadakan," katanya pada sidang media selepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, di Putrajaya, hari ini.

Mahathir juga bersetuju jika Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat sebagai Perdana Menteri kelapan.

Menurutnya, jawatan itu boleh disandang Muhyiddin sekiranya mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Selasa lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim, selepas menerima peletakan jawatannya.

Pejabat Perdana Menteri mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri ketujuh dan surat dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada 1 tengah hari.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan semalam memaklumkan Seri Paduka berkenan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim, sementara menunggu pelantikan perdana menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan lapor MyMetro

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2020/02/2-mac-dewan-rakyat-akan-tentukan-siapa.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.