Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Petang semalam, Umno dan PAS mengadakan sidang akhbar bersama untuk mengumumkan bahawa mereka menarik balik sokongan mereka terhadap kerajaan perpaduan atas dua sebab.

Pertama, mereka tidak mahu berada dalam kerajaan perpaduan dengan DAP.

Kedua, mereka mahu semua ahli parlimen dari parti masing-masing diterima dalam kerajaan perpaduan dan bukannya hanya beberapa pemimpin yang terpilih.

Oleh kerana rundingan tidak menjadi, Umno dan PAS berkata mereka menarik balik sokongan mereka kepada Mahathir sebagai ketua kerajaan perpaduan.

Betulke Umno dan PAS menuntut supaya DAP dikecualikan daripada kerajaan perpaduan yang diketuai oleh Dr Mahathir Mohamad?

Ketua Biro Strategi dan Dasar Bersatu Rais Hussin ada jawapannya...

Bacalah..

Dalam temu bual dengan Astro Awani malam semalam, Rais berkata hanya ada dua syarat yang dikemukakan. 
Beliau berkata syarat pertama ialah Umno dan PAS mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan campuran secara en bloc atau keseluruhan. 
Syarat kedua ialah mereka mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan pada kadar segera. 
Iklan "Mereka mempersalahkan DAP untuk segala-galanya. Bagi saya, semua orang mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Kita akan meningkatkan kekuatan dan mengatasi kelemahan yang ada.

"Mereka kata DAP adalah alasan mengapa mereka tidak dapat menerima kerajaan perpaduan, tetapi rundingan itu bukan begitu. Rundingan itu sangat jelas. 
"Pertama, en bloc, kedua, segera, fikirkanlah, mengapa mesti segera? Bukan dua atau tiga bulan kemudian? Kami fikir ini ada kaitan dengan kes mahkamah yang sedang dijalankan," kata Rais.

Laporan penuh bacalah di SINI

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2020/02/betulke-dap-jadi-punca-umno-dan-pas-tak.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.