Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan sekeras-kerasnya penularan gambar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mempengerusikan mesyuarat berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH).
Dalam satu kenyataan, JPM berkata tuduhan yang dibuat itu sangat tidak berasas, tidak bertanggungjawab dan disengajakan bagi tujuan sempit serta menyebarkan kebencian kaum dan agama di negara ini.
“Sebagai makluman semua pihak, gambar yang tular itu merupakan salah satu sesi kunjung hormat yang dilakukan Menteri di JPM, Mujahid Yusof Rawa bersama timbalan ketua pengarah Dasar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pengarah Bahagian Maqasid Syariah Jakim.
“(Ini) bagi memberi penerangan tentang gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin yang dibawa pentadbiran Islam pada hari ini,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, tular gambar di media sosial yang menunjukkan Lim bersama Mujahid dalam satu mesyuarat.
Dalam gambar itu tertulis, “Siapa yang dominan dalam urusan agama kita sekarang ini?
“Viralkan hingga rakyat tahu kepincangan ini,” tulis kapsyen gambar itu.
JPM berkata kunjungan Mujahid itu diadakan di Kementerian Kewangan pada 18 Feb 2019.
Tambahnya, JPM menegaskan bahawa menurut Akta Tabung Haji 1995, menteri yang bertanggungjawab ke atas TH ialah menteri di JPM yang menguruskan hal ehwal agama Islam dan bukannya menteri kewangan.
JPM berkata satu laporan polis dibuat oleh Pegawai Tugas-tugas Khas 2, Ali Muda ekoran penularan gambar tersebut lapor FMT
from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2020/02/guan-eng-pengerusikan-mesyuarat-tabung.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself