Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
PIHAK berkuasa kesihatan di tanah besar China mengumumkan lebih banyak kes koronavirus yang berasal dari Wuhan dan kematian yang dikaitkan dengan penyakit yang merebak dengan cepat itu.
Setakat jam 8 pagi Ahad, menurut laporan South China Morning Post, jumlah kes positif jangkitan koronavirus baru 2019-nCoV ialah 17,205 kes dengan 361 kematian.
Suruhanjaya Kesihatan Nasional China dipetik berkata, 2,829 kes baru dan 57 kematian dilaporkan di China pada Ahad, berbanding 2,590 kes baru dan 45 kematian pada Sabtu.
Daripada jumlah kematian yang baru dilaporkan, 56 adalah di wilayah Hubei - pusat kejadian wabak koronavirus itu - dan satu di Chongqing.
Di Hubei, jumlah kes yang disahkan positif meningkat kepada 2,103, dengan 56 kematian, meningkat dari 1,921 dan 45 pada Ahad.
Sekurang-kurangnya 171 kes telah dilaporkan di lebih 20 negara dan wilayah lain, termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Thailand, Hong Kong dan Britain.
Di Filipina, seorang lelaki berusia 44 tahun meninggal dunia pada Sabtu, korban pertama di luar China akibat virus tersebut, menjadikan jumlah kesemuanya 362 kematian setakat ini lapor AstroAwani
from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2020/02/koronavirus-jumlah-kematian-meningkat.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself