Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

KUALA LUMPUR – Operasi empat Hotel Tabung Haji akan diteruskan di bawah pengurusan baharu iaitu UJ Property Management Sdn Bhd (UJPM).

Menurut Lembaga Tabung Haji (TH), pengambilalihan operasi dan perkhidmatan rangkaian hotel oleh UJPM merupakan sebahagian daripada Pelan Pemulihan Semula dan Penstrukturan Tabung Haji untuk mengurangkan komitmen kerajaan.

“Langkah pengambilalihan operasi hotel-hotel ini daripada THHR (TH Hotel and Residence Sdn Bhd) adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh UJ (Urusharta Jamaah Sdn Bhd) bagi memenuhi mandat yang telah diberikan oleh kerajaan bagi mengurangkan komitmen kerajaan.

“UJ memainkan peranan penting untuk memastikan objektif ini tercapai dan akan sentiasa giat berusaha untuk mengembangkan nilai aset-aset di bawah portfolio UJ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

UJPM merupakan anak syarikat UJ.

Empat hotel terlibat adalah TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Penang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu yang sebelum ini diuruskan oleh THHR.

Kenyataan tersebut dikeluarkan berikutan laporan yang menyatakan THHR akan menutup empat hotel berkuatkuasa 1 April ini.

Menurut kenyataan itu, di bawah pengurusan baharu itu, hotel-hotel tersebut akan dijenamakan semula dengan nama Raia Hotel mulai 1 April 2020 ini.

“Kesemua hotel ini adalah sebahagian daripada pemindahan aset yang terdiri daripada 29 aset hartanah, satu (1) syarikat tidak tersenarai dan pegangan ekuiti yang mempunyai nilai semasa sebanyak RM9.63 bilion pada hari pemindahan.

“UJ telah menerbitkan sukuk sejumlah RM19.6 bilion dan membayar RM300 juta tunai bagi melengkapkan transaksi ini,”tambahnya.

Sementara itu, TH berkata, semua pekerja dijamin tidak akan diberhentikan, sebaliknya 90 peratus dikekalkan bekerja di Raia Hotel manakala baki 10 peratus akan diserap ke dalam THHR Kelana Jaya dan mereka akan menerima sagu hati.

“Selain itu, 90% kakitangan yang terlibat juga akan menerima saguhati berdasarkan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan di THHR.

“TH akan sentiasa menjaga kebajikan kakitangan yang terlibat demi kelangsungan karier mereka di masa hadapan,” katanya. -MalaysiaGazette

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2020/02/tutup-hotel-ini-penjelasan-tabung-haji.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.