Dalam surat bertarikh 31 Mac yang dilihat Malaysiakini, kementerian berkenaan membenarkan syarikat pembekal bir itu beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), susulan permohonan yang dibuat pada 24 Mac.
Ketika dihubungi sumber Heineken mengesahkan ketulenan surat itu.
"Berhubung permohonan tuan/puan pada 24 Mac 2020, setelah meneliti dan menyemak yang dikemukakan kementerian mendapati permohonan tuan/puan memenuhi kriteria yang ditetapkan sebagai operasi sektor pembekalan makanan di bawah PKP."Sehubungan itu, kementerian mengesahkan dan bersetuju bahawa aktiviti perniagaan tuan/puan boleh dibuka bagi memastikan pembekalan makanan mencukupi sepanjang tempoh PKP. Pengesahan ini juga tertakluk kepada syarat-syarat seperti lampiran A," katanya dalam kandungan surat tersebut.
Surat itu di tandatangani oleh Ketua Setiausaha KPDNHEP Hasnol Zam Zam Ahmad ditujukan kepada Pengurus Besar Heineken Malaysia Bhd.
PKP dikuatkuasakan bermula 18 Mac lalu bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
Pada mulanya ia berakhir pada 31 Mac tetapi Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melanjutkannya sehingga 14 April ini.
Sepanjang PKP, perniagaan dan perkhidmatan kategori tidak penting mesti ditutup sementara orang ramai hanya dibenarkan keluar rumah atas urusan penting, antaranya untuk membeli barang makanan.
Malaysiakini sedang berusaha menghubungi kementerian berkenaan bagi mendapatkan maklum balas.
Armada tuntut penjelasan
"Adakah kerajaan menyifatkan arak dan minuman keras yang jelas haram ini dalam kategori keperluan/kritikal?" soal exco agamanya, Abu Hafiz Saleh Hudin
Katanya, pada masa sama ribuan perniagaan halal dan milik Bumiputera terjejas akibat Covid-19 dan PKP, terutamanya bagi industri kecil dan sederhana.
"Mengapa pengecualian khas diberikan kepada kilang arak Heineken ini sedangkan terang-terangan perniagaan mereka adalah haram?
"Adakah kerana kilang ini mempunyai kaitan dengan orang berkepentingan?
"Tidak molek nampaknya kerajaan Melayu Islam memberi kelebihan kepada syarikat yang menjual produk yang jelas haram di sisi Islam," jelasnya. - Malaysiakini
from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2020/04/kpdnhep-benarkan-syarikat-arak.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself