![]() |
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata pasangan itu dan anak saudara mereka ialah antara lapan individu yang ditangkap di sekitar kawasan rumah kebajikan terbabit, semalam, bagi membantu siasatan kes berkenaan.
"Kita menahan lapan individu, termasuk pasangan berkenaan dan anak saudara mereka, di sekitar rumah itu, semalam.
"Kesemua suspek akan direman hingga Ahad ini. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian," katanya pada BH, hari ini.
Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan bahawa pasangan berkenaan dipanggil untuk dirakam keterangan, 5 Mei lalu, berhubung siasatan kes terbabit.
Selain itu, 36 kanak-kanak yang menetap di rumah berkenaan turut dilaporkan sudah memberi keterangan membabitkan isu sama.
Menurut laporan portal itu lagi, seorang wanita dikatakan tinggal di rumah terbabit selama 10 hari, mendakwa beberapa kanak-kanak berkenaan mengaku diliwat sejak beberapa tahun lalu.
Kanak-kanak terbabit juga didakwa akan dirotan oleh pasangan itu jika kerja rumah tidak disiapkan mengikut tempoh masa ditetapkan.
-- Berita Harian / www.lagiberita.blogspot.com
from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2020/05/8-ditahan-bantu-siasatan-kes-liwat-dera.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.

Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself