Halloween party ideas 2015



KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia yang koma selama 45 hari akibat COVID-19 dan dirawat di Hospital Houssay, Argentina disahkan pulih pada 1 Mei lalu.

Mohd Zaidy Abdul Rahman, 43, dirawat di hospital itu sejak 15 Mac lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) serta memerlukan mesin bantuan pernafasan.

Wisma Putra dalam satu kenyataan kepada BH berkata Mohd Zaidy dirawat bersama seorang lagi rakyat Malaysia, Zaid Abdullah, 69.

"Mohd Zaidy diletakkan dalam unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan sokongan pernafasan namun dia bangkit dengan ajaib setelah koma selama 45 hari.

"Dia kemudiannya dibenarkan keluar hospital pada 1 Mei lalu," kata Wisma Putra.

Zaid pula disahkan keluar hospital pada 26 Mac lalu.

Wisma Putra juga berkata, Duta Besar Malaysia ke Argentina, Datuk Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak turut menghantar surat penghargaan kepada Hospital Houssay berterima kasih terhadap usaha tidak mengenal lelah membantu penyembuhan dua rakyat Malaysia itu.

Kedua-dua mereka dipercayai ke Argentina untuk berdakwah secara berkumpulan selama dua bulan namun tidak lama kemudian negara itu diserang pandemik COVID-19.

Keadaan Mohd Zaidy yang dilihat kritikal ketika rawatan mengejutkan kakitangan hospital itu.

Sebelum dibenarkan keluar, dia turut diraikan dalam satu acara perpisahan khas dengan iringan lagu serta petikan gitar oleh kakitangan hospital.

Berita kesembuhan Mohd Zaidy itu turut mendapat liputan meluas di portal dan media sosial di Argentina. - Berita Harian

from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2020/05/covid-19-sembuh-selepas-koma-45-hari.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.