Halloween party ideas 2015

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membenarkan pelaksanaan solat Jumaat, solat sunat Aidilfitri dan akad nikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, namun pelaksanaannya perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

"Pelaksanaan solat Jumaat bermula 15 Mei ini. Bagi solat sunat Aidilfitri hanya dihadkan 12 jemaah melibatkan imam, bilal, noja dan ahli jawatan kuasa yang digilirkan.

"Proses akad nikah pula perlu mematuhi Pekeliling Pengurusan Nikah, Cerai dan Rujuk Negeri Johor Sepanjang Tempoh PKPB yang telah dikeluarkan," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Islam Iskandar, di sini hari ini.

Tosrin berkata, pelaksanaan proses akad nikah yang dibenarkan bermula 17 Mei ini perlu dilaksanakan di Pejabat Kadi Daerah dan tidak boleh melebihi enam orang termasuk pengantin, wali dan saksi.

"Jumlah perkahwinan dijangka dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB ini melibatkan seramai 872 pasangan membabitkan daerah sama, daerah berlainan dan negeri berlainan," katanya.

Jumlah itu ujarnya, merupakan kebenaran perkahwinan yang dikeluarkan Pejabat Kadi di negeri ini sebelum berkuat kuasanya Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lalu.

Paling ramai katanya, adalah pasangan dari daerah ini berjumlah 293 diikuti Batu Pahat (119), Kota Tinggi (102), Kluang (83), Tangkak (62), Pontian (60), Muar (47), Kulai (46), Segamat (38) dan Mersing (24).

Beliau berkata, majlis resepsi pengantin masih tidak dibenarkan kerana melibatkan perhimpunan orang ramai yang bercanggah dengan pelaksanaan PKPB. - Sinar Harian

from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2020/05/johor-izin-solat-jumaat-solat-sunat.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.