Kerajaan dijangka menerima semula aset dari luar negara dengan nilai anggaran AS$107.3 juta (RM465.3 juta) hasil persetujuan dicapai di antara pihak pendakwaan dan Riza Shahriz Aziz berhubung pertuduhan ke atas anak Rosmah Mansor itu.
Riza sebelum ini menghadapi lima pertuduhan pengubahan wang haram bernilai AS$248 juta (RM1.25 bilion) membabitkan dana 1MDB. Dia didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Pagi tadi penerbit filem dan pengerusi Red Granite Pictures itu dilepas tanpa dibebaskan oleh mahkamah. Syarikat berkenaan dikenali ramai selepas menghasilkan filem The Wolf of Wall Street dan mendapat sentuhan pengarah terkenal, Martin Scorsese.
ia menampilkan sejumlah pelakon kategori A Hollywood termasuk Leonardo DiCaprio, Jonah Hill dan Matthew McConaughey. Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pernah menggelar The Wolf of Wall Street sebagai filem lucah.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata permohonan untuk melepas tanpa membebaskan Riza itu dibuat pada 5 Julai 2019.
"SPRM dimaklumkan ia merupakan pelepasan bersyarat, iaitu pihak pendakwaan berhak untuk mengembalikan pertuduhan dan mendakwa tertuduh sekiranya tidak berpuas hati dengan pelaksanaan persetujuan yang dicapai," katanya.
Dalam persetujuan itu juga, kata SPRM, tertuduh dikehendaki membayar sejumlah kompaun kepada kerajaan seperti dibenarkan Seksyen 92 Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Kata agensi antirasuah tersebut, kompaun yang dikenakan adalah bersifat punitif (menghukum) sebagai alternatif kepada pertuduhan yang telah dikenakan ke atasnya.
"Persetujuan antara pihak pendakwaan dan tertuduh melalui representasi di mahkamah ini adalah keputusan yang dipertimbangkan dan dipersetujui oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas," kata SPRM lagi.
Sementara itu Thomas yang dihubungi Malaysiakini petang ini enggan mengulas lanjut mengenai penyelesaian berkenaan.
-- Malaysiakini
from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2020/05/malaysia-bakal-terima-rm465j-hasil.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.

Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself