BUKIT MERTAJAM - Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu melawan arus di susur masuk Jambatan Pulau Pinang di sini pagi tadi.
Dalam kejadian pada jam 10.35 pagi itu, kereta Produa Myvi itu dikatakan merempuh dua buah motosikal di laluan berkenaan.
Akibat rempuhan berkenaan, seorang penunggang motosikal dikenali sebagai Muhamad Hafiz Bakri, 31, meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa, Lim Kar Tian, 34, patah kaki kiri.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, polis masih mengesan pemandu Produa Myvi berkenaan yang didapati tiada di lokasi ketika kejadian.
"Mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya dan bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala.
"Seorang lagi mangsa dikejarkan ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Shafee berkata, usaha mengesan pemandu Produa Myvi berwarna putih itu giat dijalankan dan polis meminta kerjasama orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil memberikan maklumat.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- Sinar Harian
from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2020/05/maut-dirempuh-kereta-lawan-arus.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself