Halloween party ideas 2015

KUANTAN - Seorang penganggur mengalami kerugian RM13,000 semata-mata ingin mendapatkan hadiah istimewa daripada kenalan Facebook yang baru dikenalinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, pada 2 Mei lalu, mangsa berusia 50 tahun berkenalan dengan seorang lelaki dikenali sebagai Ahmed Hakeem di laman sosial itu dan selepas beberapa hari suspek memberitahu ada membeli hadiah kepada mangsa.

"Mangsa menerima satu pesanan menerusi aplikasi WhatsApp daripada Abdul yang kononnya dari syarikat Air Courier Servis memberitahu barang dipos sudah sampai di Malaysia dan suspek meminta mangsa membuat pembayaran penghantaran kerana barangan dibeli itu dari United Kingdom.

"Lelaki itu meminta mangsa membuat pembayaran sebanyak RM2,000 untuk mendapatkan barang tersebut dan mangsa tanpa berfikir panjang membuat pembayaran tersebut ke akaun yang diberikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, suspek sekali lagi meminta mangsa membuat penambahan wang pada hari sama dan mangsa yang akur kemudian membuat tiga kali transaksi berjumlah RM8,000 ke dalam akaun sama.

"Mangsa sekali lagi membuat pembayaran di sebuah bank di Jalan Beserah sebanyak RM3,000 selepas menerima pesanan daripada suspek yang memintanya membuat pembayaran untuk mendapatkan barangan tersebut pada jam 9.30 pagi pada keesokan harinya.

"Selepas membuat pembayaran itu, Abdul masih lagi meminta mangsa membuat pembayaran tersebut sedangkan 'parcel 'yang dijanjikan sehingga kini masih belum diterima," katanya.

Mohd Wazir berkata, mangsa kemudian tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam selepas syak dirinya ditipu dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- Sinar Harian

from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2020/05/penganggur-rugi-rm13000-tuntut-hadiah.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.