LABUAN - Seorang penuntut universiti kerugian RM11,450 dipercayai ditipu sindiket yang menyamar sebagai anggota polis dan pegawai mahkamah minggu lepas.
Ketua polis Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad berkata, penuntut perempuan berusia 21 tahun itu menerima panggilan telefon pada jam 6 petang, 8 Mei lalu daripada dua orang lelaki tidak dikenali menyamar sebagai anggota polis dan pegawai mahkamah Labuan.
Menurutnya, ‘pegawai’ berkenaan memaklumkan bahawa identiti pelajar itu digunakan individu untuk membuka akaun membabitkan kegiatan jenayah dan pengubahan wang haram.
"Suspek meminta pelajar itu memberi nombor akaun bank untuk diperiksa bagi mengelakkan tindakan dikenakan ke atas dirinya.
“Mangsa panik dan menurut sahaja arahan suspek dan segera memberitahu maklumat perbankan dalam talian, seperti nama pengguna dan kata laluan,” katanya.
Katanya, mangsa kemudiannya berasa seperti ada yang tidak kena lalu memeriksa akaun bank dan mendapati berlaku transaksi wang ke akaun lain.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama
from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2020/05/penuntut-ipt-kerugian-rm11450-ditipu.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself