Polis tahan pemandu disyaki mabuk - Berita Malaysia
HULU SELANGOR - Polis menahan seorang lelaki yang memandu secara melulu dipercayai dalam keadaan mabuk di kawasan tapak penjaja di Bukit Sentosa di sini hari ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, dalam kejadian pada jam 6.30 petang itu, suspek yang memandu sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux mengakibatkan dua lelaki cedera.
“Suspek yang berusia 30-an itu sudah ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Terdahulu, beberapa gambar dan video berdurasi 44 minit dan 1 minit 9 saat insiden itu tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.
Terdapat video memaparkan beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan orang awam membaling kayu dan objek keras ke arah kenderaan itu dpercayai untuk menghentikan kenderaan tersebut.
Bagaimanapun kenderaan berkenaan dilihat merempuh gerai makanan.
-- Sinar Harian
from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2020/05/polis-tahan-pemandu-disyaki-mabuk.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself