Sidang media yang sepatutnya menampilkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Redzuan Md Yusof dan Timbalan Menteri Kerja Shahruddin Mohd Salleh tidak berlangsung seperti dijadualkan.
Kenyataan media yang dikeluarkan oleh setiausaha politik Redzuan, menafikan ada sidang media seperti itu.
Kenyataan itu menjelaskan bahawa Redzuan kini sedang menjalani kuarantin.
"Pejabat ini menafikan berita yang tular ini dan tiada sebarang sidang akhbar khas dari pihak pejabat menteri.
"Hal ini kerana Redzuan pada masa ini masih menjalani tempoh kuarantin," kata kenyataan itu.
Redzuan sebelum ini dipercayai berada di mesyuarat pascakabinet pada hari Jumaat yang lalu, yang juga dihadiri oleh Ketua Audit Negara Nik Azman Nik Abdul Majid yang kemudiannya disahkan positif Covid-19.
Mereka yang menghadiri mesyuarat itu diarah kuarantin rumah selama 14 hari.
Tedahulu, pihak media menerima jemputan untuk sidang akhbar Redzuan dan Shahruddin.
Jemputan media itu hadir di tengah spekulasi yang mengatakan seorang menteri Bersatu akan meletakkan jawatan.
Dipercayai bahawa jemputan media itu dikeluarkan oleh kem pro-Pakatan Harapan dalam Bersatu.
Sekiranya Redzuan dan Shahruddin menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional, ini akan mengakibatkan parlimen digantung.
PN akan hanya mempunyai 111 MP. Begitu juga Dr Mahathir Mohamad dan PH yang mempunyai jumlah sokongan sama.
Malaysiakini telah menghubungi Redzuan dan Shahruddin tetapi masih belum mendapat jawapan.
Shahruddin, yang merupakan Ahli Parlimen Sri Gading, merupakan setiausaha agung Bersatu yang pertama dan sebelum ini dilihat sebagai penyokong Muhyiddin.
Bersatu menyaksikan perpecahan setelah Muhyiddin membawa parti itu keluar daripada Pakatan Harapan pada Februari untuk membentuk kerajaan PN bersama Umno, BN, dan PAS.
Pakar politik meramalkan bahawa gabungan PN boleh menghadapi masalah berkaitan dengan kerusi pilihan raya kerana Bersatu, Umno, dan PAS bertumpu di kawasan yang sama. Umno dilihat tidak akan memberi laluan kepada Bersatu.
Mahathir pula menjangkakan Bersatu akan dipinggirkan oleh Umno.
Tumpuan terhadap Redzuan dan Shahruddin hadir sehari selepas Bersatu membatalkan keanggotaan Mahathir dan empat yang lain kerana duduk di bangku pembangkang di Parlimen.
-- Malaysiakini
from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2020/05/setiausaha-politik-redzuan-nafi-ada.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself