Halloween party ideas 2015

SHAH ALAM - Saksi pendakwaan ke-20 perbicaraan kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa terdapat tiga kesan bermulanya kebakaran di rumah mangsa pada 14 Jun 2018.

Pengarah Jabatan Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Edwin Galan Teruki berkata, berdasarkan siasatan, kesan itu ditemui pada kepala Nazrin, bahagian kanan tilam dan di kepala katil.

“Pada punca kebakaran pertama, bomba menjumpai kehilangan jisim bahan pada kain dan kesan jelaga di kepala (mangsa) dan lantai. Pada punca kebakaran kedua pula, kehilangan jisim bahan yang tinggi ditemui pada bahagian kanan tilam menunjukkan ia terdedah kepada api yang sangat kuat manakala pada punca kebakaran ketiga di kepala katil, bomba mendapati ada kesan jelaga yang dalam iaitu 0.7 milimeter (mm) berbanding di kawasan lain hanya 0.3 mm,” katanya ketika membaca penyataan saksi di hadapan Hakim Ab Karim Ab Rahman.

Beliau berkata, analisis sampel kebakaran turut menemui kesan cecair mudah terbakar seperti petrol malah imbasan dilakukan terhadap telefon bimbit jenis Blackberry yang didakwa menjadi punca kebakaran turut mendapati strukturnya tidak rosak namun hanya terdapat sedikit kehilangan jisim bahan ‘casing’ telefon berkenaan.

Galan berkata, berdasarkan dapatan itu dan hasil perbincangan dengan Pegawai Penyiasat Kebakaran JBPM Selangor, Abdul Halim Zulkefeli serta beberapa pegawai lain, mereka bersetuju bahawa kebakaran tersebut sengaja dilakukan, maka satu siasatan lanjut perlu dijalankan.

Beliau berkata, dalam siasatan lanjut, beberapa analisis turut dilakukan antaranya proses lakonan semula selain menemu bual saksi yang terlibat dengan mangsa sama ada secara langsung atau tidak langsung.

“Selepas selesai siasatan berkenaan, satu laporan telah dihantar kepada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya,” katanya.

Pada 12 Mac 2019, Samirah Muzaffar, 45, bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang juga isteri Nazrin serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 17 dan 14, didakwa bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, membunuh mangsa.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.

Perbicaraan bersambung 22 Mei ini. - Bernama

from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2020/05/tiga-kesan-bermulanya-kebakaran-di.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.