Polis sedang menyiasat satu majlis perkahwinan yang dilangsungkan di sebuah kuill Hindu di Serdang yang didakwa dihadiri ratusan tetamu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.
Menurutnya, majlis di sebuah kuil di Seri Kembangan itu, semalam nyata melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) kelonggaran rumah ibadat kaum lain yang hanya akan bermula pada 10 Jun depan.
"Apa yang berlaku (majlis perkahwinan) adalah melanggar undang-undang dan di difahamkan polis akan mengambil tindakan termasuklah kepada mereka yang menghadirinya," katanya pada sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di Putrajaya hari ini.
Beliau mengulas rakaman video berdurasi satu minit yang memaparkan beberapa individu berkumpul dan mengadakan majlis perkahwinan di sebuah kuil di Seri Kembangan.
Adalah dipercayai kira-kira 100 individu menghadiri ke masjlis perkahwinan tersebut.
"Kita dah keluarkan SOP seperti tak boleh lebih dari 30 orang untuk upacara beribadat. Kita dah maklumkan kepada semua.
"Yang kita benarkan aktiviti keagamaan di hari yang penting sahaja. Tidak dibenarkan upacara lain seperti perkahwinan," katanya.
Terdahulu, hari ini Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan mengesahkan bahawa memang berlangsung majlis perkahwinan tersebut di kuil berkenaan.
Ini selepas, penafian awal oleh pihak polis semalam.
"Ekoran dari kejadian tersebut, pada pagi 25 Mei anggota polis telah berjumpa dengan pihak pengurusan Kuil Nava Sakthi Durgai Amman Paandi di Jalan SR 5/3 Serdang Raya, Seri Kembangan dan pengurusan kuil mengakui telah berlangsung majlis perkahwinan di kuil tersebut pada 24 Mei antara 8 pagi hingga 10 pagi dengan kehadiran 20-30 orang yang pada mulanya cuba menafikan perkara ini.
"Siasatan kemudiannya dijalankan di bawah Seksyen 7(1) PPPPB 2020 dan siasatan lanjut diteruskan untuk mengesan kesemua suspek," kata Ismadi dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut memberitahu polis turut menerima dua laporan polis termasuk daripada seorang wartawan.
"Laporan polis dibuat pada 25 Mei, pengadu berusia 41 tahun membuat laporan bahawa gambar-gambar peribadi pengadu telah diviralkan oleh individu di dalam beberapa group Whatsapp ekoran daripada pendedahan pengadu dalam sebuah laman web.
"Pengadu risau keselamatan dirinya dan minta polis menyiasat perkara ini," katanya.
"Diminta semua pihak bertenang dan tidak mengeluarkan komen yang boleh memecahkan keamanan dan mendatangkan kegusaran awam," katanya.
-- Malaysiakini
PKPB | Polis Nafi Ada Perkahwinan Di Kuil
MHS kesal upacara kahwin waktu PKPB
Penganjur, hadirin majlis kahwin di kuil kena tindakan
from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2020/05/upacara-kahwin-di-kuil-tindakan.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself