KUALA LUMPUR: Ramai tahu, artis serba boleh, Zulin Aziz bergelut dengan masalah berat badan sejak lama dulu.
Namun, perkongsian dalam entri terkini di Instagram (IG) mengejutkan peminat kerana Zulin tampak langsing.
Zulin memberitahu, tubuhnya mula menyusut selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan, Mac lalu.
"Saya tak makan nasi sejak tahun lalu. Ketika berbuka puasa, saya hanya menjamah buah kurma dan meneguk air.
"Beberapa minit kemudian barulah saya makan lauk-pauk. Sahur pula saya hanya makan pisang," katanya kepada BH Online.
Tidak berahsia, Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz mengaku mengamal sejenis minuman yang mana dirinya menjadi testimoni kepada produk berkenaan.
"Ketika mula mengambilnya, berat badan saya 85 kilogram. Selepas mengamalkannya, berat menyusut kepada 70 kilogram dan sekarang 60 kilogram," katanya.
Zulin menepis dakwaan tubuhnya menyusut kerana 'makan hati'.
"Saya buat semua ini untuk diri sendiri, bukan untuk sesiapa. Semuanya untuk kepuasan sendiri," katanya.
-- Berita Harian
from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2020/05/zulin-makin-ramping-sejak-pkp.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself