Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan pertemuan secara tertutup petang ini. 

<!--more-->Dua pemimpin ini difahamkan akan memuktamadkan usaha Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan yang kini diterajui Perikatan Nasional (PN). 

Sumber dalaman PH memberitahu, selepas pertemuan antara Mahathir dan Anwar, kedua-dua pemimpin tersebut juga akan menyertai mesyuarat PH di ibu pejabat PKR. 

"Mahathir dan Anwar akan mengadakan pertemuan berdua terlebih dahulu sebelum keduanya menyertai mesyuarat Pakatan Harapan pukul 3 petang nanti. 

"Kemungkinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan turut menyertai mesyuarat Pakatan Harapan itu nanti," kata sumber tersebut. 

Spekulasi PH cuba untuk mengambil alih kerajaan yang diterajui PN bertiup kencang sejak beberapa minggu yang lalu.

Namun sehingga kini, difahamkan masih belum ada penyelesaian tentang siapa akan menjadi Perdana Menteri sekiranya PH kembali membentuk kerajaan. 

Minggu lepas tersebar gambar pertemuan pemimpin Amanah, DAP dan Warisan bersama Dr Mahathir namun tidak disertai oleh mana-mana pemimpin PKR. 

Ia menguatkan hujah bahawa PH gagal mencapai kata sepakat untuk memilih calon Perdana Menteri jika berjaya mengambil alih kerajaan lapor AstroAwani


from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2020/06/anwar-mahathir-dijangka-adakan.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.