Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

"Anak guam kami ialah mangsa 'scam' dalam beberapa siri salah perwakilan oleh Jho Low, Nik Faisal dan beberapa pegawai bank tidak jujur yang turut serta bersekongkol dengan pengurusan SRC International dakwa Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri itu..

<!--more-->Ohhh.. kesian ya kat Najib tu.. jadi mangsa scam rupanya dia.. tapi.. biasanya yang jadi mangsa scammer ni selalunya akan murung sebab duit yang dia ada disapu oleh scammer..

Najib ni pulak.. dah terbalik.. bukannya orang sapu duit dari akaun dia.. tapi orang dah masukkan duit ke dalam akaun dia..

Lebih menarik.. Najib tak tahu ada orang dah masukkan duit dalam akaun dia..

Hmm.. tak tahu ada duit dalam akaun.. tapi tahu pulak ada duit dalam akaun tu untuk shopping..

Ha.. Ha.. Ha..

Laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak ialah mangsa penipuan beberapa individu termasuk ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan nama Jho Low, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil dan beberapa pegawai bank yang tidak jujur. 

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri itu, berkata kes berprofil tinggi dihadapi anak guamnya menimbulkan persoalan utama bagaimana Najib tidak menyedari keadaan sejumlah besar wang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Beliau berkata, kedudukan Najib yang memegang jawatan utama juga membuatkan amat sukar bagi pihak peguam bela menyediakan pembelaan dalam kes terbabit.

"Kebenarannya ialah apa yang benar dalam pembelaan kami kini menjadi sukar untuk mengemuka kes yang terbaik kerana ia menyatakan apa yang benar.

"Anak guam kami ialah mangsa 'scam' dalam beberapa siri salah perwakilan oleh Jho Low, Nik Faisal dan beberapa pegawai bank tidak jujur yang turut serta bersekongkol dengan pengurusan SRC International.

"Amat mudah bagi siapa pun, bahkan mungkin termasuk mahkamah, untuk diperkuatkan dengan kepercayaan bahawa keadaan di persekitaran Najib akan menafikannya pembelaan. Yang sebaliknya berlaku jika beliau seorang individu biasa," katanya.

Muhammad Shafee berkata, pihak pendakwaan mengemuka kesnya dalam konteks bahawa individu yang memegang kuasa tidak boleh tidak menyedari apa yang berlaku terhadap akaun peribadinya.

Beliau sehubungan itu, memohon mahkamah untuk 'membuka minda' yang lapang dalam menimbangkan bukti dan keterangan pihak pembelaan.

Katanya, pihaknya berdepan tugas sukar dalam mengemukakan pembelaan lebih-lebih lagi dalam keadaan persekitaran Najib yang dipenuhi dengan prejudis awam.

Muhammad Shafee turut membacakan penghakiman bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Suffian Mohamed Hashim yang berbunyi; "jika anda terima atau mempercayai penjelasan tertuduh, bebaskan beliau.

"Jika anda tidak menerima atau mempercayai penjelasan tertuduh tetapi tetap menimbulkan keraguan munasabah mengenai kesalahannya, mohon bebaskan beliau.

"Saya rasa ini adalah prinsip yang harus diingat dengan baik. Saya yakin Yang Arif mempunyai pertimbangan yang baik dalam hal ini.

Laporan penuh bacalah di SINI 


from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2020/06/najib-jadi-mangsa-scam.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.