Halloween party ideas 2015



Pemandu mabuk yang merempuh seorang penunggang motosikal sehingga maut ketika dalam perjalanan pulang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya di Lebuhraya Sultan Iskandar, di Kuala Lumpur, awal pagi ini ditahan di Balai Polis Trafik Tun H.S Lee.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata hasil ujian saringan menggunakan mesin evedential breath analyzer mendapati nafas suspek mengandungi alkohol melebihi had.

Beliau berkata suspek akan direman untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara antara tiga tahun hingga 10 tahun dan denda antara RM8,000 dan RM20,000, jika sabit kesalahan.

“Polis memandang serius isu pemandu mabuk yang membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Bagi membanteras isu ini, polis akan menjalankan lebih banyak operasi.

“Selain itu, orang ramai juga dinasihat supaya lebih bertanggungjawab dan tidak mementingkan diri dengan cara mengelakkan diri daripada memandu kenderaan jika mabuk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan berkata orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran.

Dalam kejadian pada kira-kira 1.30 pagi ini, Mohamed Zaili Mohamed, 44, yang dalam perjalanan pulang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya, maut apabila motosikalnya dirempuh sebuah kereta, dipercayai dipandu lelaki mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ibu negara.

- Bernama

from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2020/06/pemandu-mabuk-rempuh-penunggang.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.