Rasuah RM500,000: Tiga pegawai undang-undang Pulau Pinang direman sehingga 6 hari - Berita Malaysia
ALOR SETAR: Tiga pegawai undang-undang negeri Pulau Pinang direman sehingga enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan suapan sebanyak RM500,000 daripada orang awam.
Tertuduh pertama direman enam hari manakala dua yang lain direman tiga hari bagi membantu siasatan.
Reman dikeluarkan Majistret Nur Shahida Abdul Rahim.
Terdahulu, ketiga-tiga pegawai undang-undang itu dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar untuk mendapatkan perintah reman.
Ketiga-tiga suspek tiba jam 10.40 pagi diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah.
Menurut Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, suspek pertama berusia 42 tahun ditahan di sebuah hotel di Pulau Pinang pada 12.15 tengah hari Isnin, manakala dua lagi suspek berusia 29 dan 52 tahun ditahan di pejabat SPRM Kedah pada 10.15 dan 10.38 malam tadi.
SPRM Kedah tahan tiga pegawai undang-undang Pulau Pinang minta suapan RM500,000
Katanya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai meminta rasuah sebanyak RM500,000 dan sudah menerima RM100,000 daripada seorang orang awam sebagai balasan bagi memastikan kes komersial yang dilaporkan oleh orang awam tersebut dituduh di mahkamah.
Shaharom Nizam berkata pihak SPRM juga telah melakukan pemeriksaan di pejabat serta rumah kesemua suspek dan menemui serta menyita sejumlah wang tunai.
Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
-- Astro Awani
from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2020/06/rasuah-rm500000-tiga-pegawai-undang.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself