Awie 'budak ajaib' wira Kuala Besut - Berita Malaysia
Besut: Meskipun hanyalah orang biasa, namun nama Mohamad Najmi Daud kini menjadi popular di daerah Besut selepas kejayaannya menemukan mangsa lemas di dasar sungai berhampiran jeti kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besut, di sini, 9 Oktober lalu.
Sikap berani dan keprihatinan lelaki kurang upaya (OKU) yang dikenali dengan panggilan Awie, 31, kini mendapat perhatian ramai dan namanya menjadi sebutan netizen selepas berjaya mengesan mayat, Azman Che Mat, 45, kira-kira 10 minit selepas beliau menyelam, walaupun keadaan arus sungai laju dan air keruh ketika itu.
"Setakat ini sudah dua mayat mangsa lemas telah saya temukan termasuk kejadian Jumaat lepas manakala kali pertama kira-kira dua tahun lalu membabitkan mayat seorang kanak-kanak," katanya yang bekerja mengambil upah mengangkat barang kepada Bernama di sini.
Atas usaha dan keberaniannya itu, Ketua Balai Polis Daerah Besut telah memberi surat penghargaan dan sumbangan kepada wira penduduk pekan nelayan itu pada 11 Oktober selain turut menerima lesen motosikal percuma yang dihadiahkan oleh pengusaha sekolah memandu daerah Besut.
Sememangnya anak jati Kampung Timor, Kuala Besut itu lama dikenali penduduk setempat kerana memiliki kebolehan luar biasa menyelam dalam tempoh beberapa minit tanpa memakai alat bantuan pernafasan atau kaca mata selam.
Mohamad Najmi yang mengalami kecacatan di mata sebelah kanan sejak lahir berkata, orang ramai termasuk pelancong sering meminta bantuannya mencari barangan berharga mereka yang tenggelam di dasar sungai sedalam kira-kira tiga meter berhampiran terminal pelancong ke Pulau Perhentian.
"Antara barang berharga yang sering terjatuh seperti barang kemas, telefon bimbit, spanar dan kunci kereta serta batu permata," katanya kepada Bernama ketika ditemui, di sini.
Mohamad Najmi yang masih bujang itu berkata, antara cabaran yang terpaksa dihadapinya ketika menyelam seperti keadaan air sungai keruh, lambakan sampah di dasar sungai, arus sungai laju dan risiko disengat spesies air berbisa.
Rakan Mohamad Najmi, Mohd Zulhibri Ibrahim, 37, berkata, penduduk menggelar Mohamad Najmi sebagai 'budak ajaib' kerana kemampuannya mengesan barang di dasar sungai meskipun sebelum itu telah dicari oleh ramai penyelam lain.
"Dia seperti ada kelebihan luar biasa kerana benda sekecil kacang pun dia mampu menemuinya walaupun berada di celah-celah sisa kayu-kayan yang berada di dalam sungai," katanya.
- Harian Metro
from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2020/10/awie-budak-ajaib-wira-kuala-besut.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself