Berbeza dengan gambar ini kerana ia didakwa dirakamkan oleh seorang lelaki dikenali Jabbar di lokasi kemalangan. Gambar yang dirakamkan Jabbar di lokasi kemalangan berkenaan mengundang seribu persoalan apabila kelibat makhluk yang tidak dikenali telah muncul semasa gambar diambil tanpa disedari. Kemalangan itu berlaku berdekatan Checkpoint Batu 32 Sandakan, Sabah pada pada 12:09 pagi.
Menurut Jabbar, ketika melalui jalan terbabit, beliau hanya mengambil gambar insiden kemalangan tersebut yang membabitkan sebuah lori treler terbalik dan tidak sama sekali menyangka terdapat satu objek pelik pada gambar terbabit. Kemunculan imej misteri terbabit menimbulkan rasa pelik dan seram kepada mereka yang melalui jalan tersebut.
“Saya sedar ada ‘sesuatu’ hanya selepas saya meneliti balik gambar ni. Inilah gambar yang saya dapat fresh-fresh dan hanya bulatan merah sahaja yang saya letakkan.” Jelas Jabbar mengenai gambar lembaga misteri tersebut.
Admin tidak pasti akan kesahihan info ini. Namun perkara sebegini ini boleh terjadi jika di izinkan oleh Nya. Jika benarlah, semua yang berlaku atas kehendak Allah S.W.T. Hanya Dia yang tahu apakah benda misteri ini.
sumber
http://ift.tt/1tlv6Aj
from KeZooM http://ift.tt/1pMv6IR
via Kezoom
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself