2 Penjenayah Mati, 3 Anggota Polis Cedera Berbalas Tembakan | Tiga anggota polis cedera sementara dua penjenayah mati dalam insiden berbalas tembakan di Pasir Putih, Kelantan, pagi ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Twitter beliau.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 4 pagi itu, sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan melakukan serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor beralamat di Kampung Banggol Telipot, Pasir Putih.
Serbuan dilakukan dengan tujuan mengesan suspek kes bunuh dan tembak yang telah lama diburu polis.
Ketika serbuan dilakukan, seorang suspek yang berada dalam rumah terbabit telah bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota polis.
Dalam usaha mempertahankan diri, pihak polis terpaksa membalas tembakan ke arah suspek berkenaan, menyebabkan dua suspek meninggal dunia di tempat kejadian.
Salah seorang penjenayah yang dikenali sebagai Mat Hatim, 25, dikehendaki polis kerana terlibat dalam beberapa kes bunuh di negeri ini.
Dua anggota polis yang cedera terkena tembakan di bahagian pergelangan tangan dan kaki kiri, sementara seorang lagi terkena serpihan peluru di bahagian perut sebelah kanan.
Bagaimanapun, kesemua anggota dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Dua pucuk pistol dipercayai milik suspek turut dirampas.
sumber
http://ift.tt/1q6qFdN
| Gambar Hiasan |

from KeZooM http://ift.tt/1oiKCIJ
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself