Halloween party ideas 2015

Bingung Rumah Kena Tembakan Rambang | Seorang lelaki bingung selepas kediamannya menjadi sasaran tembakan rambang oleh individu tidak dikenali dalam kejadian di Lorong Seri Bertam 3, Taman Sri Bertam, Kepala Batas jam 3 pagi tadi.






Ketika kejadian mangsa berusia 35 tahun tidak ada di rumah namun isterinya berusia 33 tahun dan empat anak sedang nyenyak tidur di dalam kediaman itu ketika tembakan terbabit dilepaskan.



Mangsa yang pulang ke rumah pada jam 7 pagi kemudian melihat kesan tembakan pada pagar dan dinding rumah serta menemui kelongsong peluru di hadapan kediamannya itu.



Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.



"Anggota forensik melakukan pemeriksaan menemui lapan kelongsong peluru jenis Thai Arms kesan tembakan pada dinding dan tiga serpihan peluru," katanya.


sumber

http://ift.tt/1qzmHcw





from KeZooM http://ift.tt/WDX52m

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.