Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas



Polis akan menyoal siasat pensyarah undang-undang Dr Abdul Aziz Bari esok, mangsa terbaru pendakwaan besar-besaran hasutan Putrajaya yang sebelum ini menyaksikan ahli politik pembangkang dan aktivis, disiasat mengikut akta kolonial itu.



Polis memberitahu The Malaysian Insider, lebih 100 laporan polis dibuat terhadap pakar Perlembagaan itu di seluruh negara kerana dikatakan menghina Sultan Selangor.



Seorang pegawai polis memberitahu Aziz akan disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Sabak Bernam mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948.



Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan merangkumi mana-mana individu yang "melakukan atau cuba untuk melakukan, atau bersiap untuk melakukan, atau merancang untuk melakukan apa-apa tindakan yang mungkin, atau jika dilakukan, akan berbaur hasutan".



"Beliau belum ditahan, tetapi akan datang untuk sesi soal siasat esok (Rabu) di balai polis," kata pegawai polis itu.



Beliau berkata, laporan polis dibuat terhadap ahli akademik itu dari seluruh negara kerana kenyataan beliau dalam dua artikel diterbitkan The Malaysian Insider.



Artikel tersebut adalah Sultan Selangor terikat Deklarasi 1992, perlu lantik Wan Azizah, kata Aziz Bari pada 1 September dan Only God, not Sultan, has absolute powers.



Dua wartawan The Malaysian Insider memberi kenyataan mereka kepada polis berkenaan artikel tersebut di pejabat portal berita itu di Bangsar, semalam.



Dalam artikel "Sultan Selangor terikat Deklarasi 1992, perlu lantik Wan Azizah, kata Aziz Bari", Aziz memberitahu The Malaysian Insider Sultan terikat dengan Deklarasi Prinsip Perlembagaan 1992 yang menetapkan peraturan bagi Sultan, termasuk menjelaskan peranan kerabat diraja dalam politik.



Artikel kedua "Only God, not Sultan, has absolute powers" pula berdasarkan ucapan Aziz semasa forum anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) pada 8 September bertajuk "PAS Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju".



Beliau memberitahu hadirin mengikut Perlembagaan, kuasa budi bicara Sultan dalam melantik menteri besar terhad kepada kes Parlimen tergantung.



Aziz berkata, ini tidak boleh diaplikasikan dalam kes Selangor kerana Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempunyai sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.



Siasatan polis dijangka tamat hujung minggu ini selepas kenyataan pengadu dan Aziz direkodkan.



Jika Aziz didakwa, beliau akan menjadi ahli akademik kedua yang termasuk perangkap Akta Hasutan selepas Prof Madya Dr Azmi Sharom dari Universiti Malaya.



Beliau boleh dipenjarakan 3 tahun dan didenda tidak lebih RM5,000 atau kedua-dua sekali.



Azmi seorang undang-undang didakwa mengikut Akta Hasutan pada 2 September kerana kenyataannya dalam satu portal online tentang krisis Perlembagaan Perak.



Aziz kini menyertai sekumpulan ahli politik pembangkang, aktivis sosial, pensyarah undang-undang, portal berita Malaysiakini dan wartawannya, seorang ustaz yang sama ada didakwa kerana menghasut, berdepan dengan perbicaraan atau sedang disiasat.



Awal bulan ini aktivis Safwan Anang dan Adam Adli Abdul Halim dijatuhkan hukuman 10 bulan dan 12 bulan penjara, kerana kenyataan dibuat dalam sebuah forum pada 13 Mei tahun lepas yang menyeru orang ramai turun ke jalan raya jika tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).



Seorang lagi aktivis Ali Abd Jalil berdepan 3 dakwaan menghasut kerana dikatakan menghina Sultan Johor dan Sultan Selangor di Facebook. Ali dibebaskan semalam selepas ditahan lebih 20 hari.



Jumaat lepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dirakamkan kenyataan oleh polis berhubung laporan polis dilakukan terhadapnya pada 2011, di mana beliau didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung kes liwat keduanya.



Bekas anggota Dewan Ulama PAS Selangor Wan Ji Wan Hussin didakwa pada 10 September kerana mengeluarkan kenyataan menghasut di Facebook berhubung peranan Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam negeri.



Pada 4 September, wartawan Susan Loone ditahan di Pulau Pinang berhubung artikelnya mengenai wawancara bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Phee Boon Poh dan penahanan besar-besaran Pasukan Peronda Sukarela (PPS) pada Hari Merdeka.



Ahli politik pembangkang lain yang didakwa mengikut akta sama termasuk Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Bagan Serai N Surendran, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer dan Adun Changkat Jering Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin lapor The Malaysian Insider







from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1uYohUL

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.