Halloween party ideas 2015

Muhdalina Lari Dari Hospital | Muhdalena Ahmad, 30, wanita yang terbabit dalam kejadian amuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Julai 2012, berjaya melarikan diri dengan memberi alasan ingin ke tandas ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) kira-kira 8.50 pagi semalam.






Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata, Muhdalena sebelum itu dimasukkan ke HSA pada Ahad lalu untuk bersalin dan melarikan diri kira-kira 9 pagi.



"Serentak itu gerakan mengesan Muhdalena dilancarkan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi polis di talian 07-221 2999," katanya dalam satu kenyataan.



Sementara itu menurut sumber, Muhdalena baru sahaja melahirkan anak lelaki pada Selasa lalu dan tidak bergari selain memakai baju hospital berwarna merah jambu ketika melarikan diri.



"Ketika kejadian ada dua anggota polis yang bertugas dan Mudhalena meminta izin untuk ke tandas selain dibenarkan berbuat demikian tanpa dikawal kira-kira 8.50 pagi tadi," katanya.



Muhdalena pada Jun lalu diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Putrajaya supaya ditahan di Hospital Permai, Tampoi, Johor sementara menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong.



Pada Julai 2012, Muhdalena didakwa terbabit dalam kes amuk bersenjata bersama seorang lelaki, Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, yang mengaku dirinya 'Imam Mahdi'.



Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala Muhdalena, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.



sumber

http://ift.tt/1uNdOKu





from KeZooM http://ift.tt/1uNdOKy

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.