Halloween party ideas 2015

Polis Ambil Alih Kawalan Universiti Malaya, Halang Ceramah Anwar Ibrahim | Polis akan mengambil alih bahagian keselamatan Universiti Malaya bermula jam 7 pagi esok, lapor portal berita The Malaysia Insider.




Menurut Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya, Prof Datuk Dr. Rohana Yusuf, polis akan mengawal kampus dan menghalang orang luar dari memasukinya.



Langkah itu dipercayai dibuat bagi menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari memasuki kampus untuk menyampaikan ceramahnya yang bertajuk "40 tahun, dari UM ke penajara", yang bakal diadakan di Dewan Tunku Canselor esok.



Rohana berkata pelajar tidak dibenarkan berada di DTC atau di kawasan sekitarnya bermula jam 4 petang esok.



Menurut Rohana, program tersebut jelas sekali melanggan peraturan Universiti dan Akta Kolej Universiti 1971. Tambah Rohana lagi, mana-mana pelajar yang melanggar undang-undang itu akan digantung atau dibuang.



Semua pintu masuk kecuali pintu utama akan ditutup bermula pukul 4 petang bagi memastikan tiada orang luar memasuki kampus.



Rohana berkata program itu adalah haram kerana tidak ada kelulusan bagi melaksanakan acara tersebut daripada pihak pengurusan universiti.



sumber

http://ift.tt/12HxeKa





from KeZooM http://ift.tt/12HxeKc

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.