Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas



Polis Kuala Lumpur menafikan laporan pihaknya akan menutup Universiti Malaya (UM), institusi akademik tertua negara esok kerana tiada cadangan untuk berbuat demikian.



Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, laporan itu tidak tepat.



"UM ada bahagian keselamatannya sendiri, dan mereka juga ada polis bantuan. Mereka tidak ada minta apa-apa bantuan daripada kita.



"Polis sentiasa bersedia untuk membantu dalam hal memastikan keselamatan awam," katanya kepada The Malaysian Insider dan menegaskan tidak menerima sebarang permintaan daripada UM.



Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) petang tadi mengemukakan satu kenyataan bersama salinan surat pekeliling yang dikatakan dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).



Naib Cancelor HEP UM Prof Datuk Dr Rohana Yusof dalam surat itu berkata, polis akan mengambil alih kawalan keselamatan kampus.



Katanya, polis akan mengawal keselamatan UM bermula jam 7 pagi esok ekoran program yang melibatkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Namun, Rohana dilaporkan Malaysiakini menafikan kewujudan notis berkenaan walaupun larangan program Anwar itu masih berkuatkuasa.



Pentadbiran UM itu juga menafikan polis mengawal ketat UM bagi menghalang penganjuran program itu esok.



"Tidak ada perkara polis akan mengambil alih. UM mempunyai sekuriti sendiri, kenapa kami perlu pihak polis masuk ke sini," katanya dipetik Malaysiakini.



Beliau juga menafikan mengeluarkan arahan tindakan disiplin terhadap pelajar yang menyertai pidato itu.



"Tidak ada notis. UM tidak pernah memberi kebenaran pada aktiviti ini, jadi kami tidak jangka majlis tersebut akan berlaku," katanya.



Timbalan Setiausaha PMUM Leong Yu Sheng dalam satu kenyataan berkata, UM menutup kampus bagi menghalang program itu diteruskan dengan mengemukakan lampiran surat Rohana yang ditujukan kepada semua pelajar.



Notis itu mengatakan polis memberi amaran program "40 Tahun Dari UM ke Penjara" bertujuan untuk menggulingkan kerajaan.



Anwar dijemput PMUM untuk berucap mengenai kes rayuannya atas tuduhan liwat di Mahkamah Persekutuan pada Selasa ini.



Notis itu juga menyatakan polis mengambil alih keselamatan bermula jam 7 pagi esok dan menutup semua laluan masuk kecuali pintu masuk utama yang akan ditutup bermula jam 4 petang.



Rohana dalam notis itu juga memberi amaran kepada pelajar supaya tidak berada di Dataran Dewan Tunku Canselor (DTC), tempat program itu dijangka dijalankan bermula jam 4 petang esok ~ The Malaysian Insider










from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1xrnYmw

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.