Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
Ini contoh buat kerja tak guna otak.. atau menyerbu membabi buta.. sepatutnya kalau nak bantah sekalipun periksalah dulu sejauh mana kebenarannya bukannya main serbu saja..
Yang meluluskan tapak untuk pembinaag Gereja ini ialah Barisan Nasional pada tahun 2001 tapi tiba-tiba hari ini sekumpulan NGO membantah kelulusan tersebut..
Malangnya bantahan itu dihalakan kepada Nik Nazmi bukannya kepada pihak Barisan Nasional yang meluluskannya...
Baca laporan ini dulu..
Ini penjelasan dari Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengenai isu ini..
Tahun 2001 dulu tu kenapa tak bantah?.. mngkin semasa itu BN yang berkuasa disitu. jadi buat apapun tak apa....
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1rMPlDk
Ini contoh buat kerja tak guna otak.. atau menyerbu membabi buta.. sepatutnya kalau nak bantah sekalipun periksalah dulu sejauh mana kebenarannya bukannya main serbu saja..
Yang meluluskan tapak untuk pembinaag Gereja ini ialah Barisan Nasional pada tahun 2001 tapi tiba-tiba hari ini sekumpulan NGO membantah kelulusan tersebut..
Malangnya bantahan itu dihalakan kepada Nik Nazmi bukannya kepada pihak Barisan Nasional yang meluluskannya...
Baca laporan ini dulu..
Menurut wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Sahabat Daerah Petaling, Ishak Maarof, bantahan yang dianjurkan kali ketiga ini jelas menunjukkan kemarahan penduduk sekitar yang tidak bersetuju dengan pembinaan gereja empat tingkat itu.
“Mana pergi wakil rakyat kita, Nik Nazmi? Dia sibuk pergi ke Putrajaya untuk perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, pergi ke KDN (Kementerian Dalam Negeri) untuk menyokong mansuh Akta Hasutan, tapi masalah penduduk di kawasan, dia tidak ambil peduli.
“Dia tak ingat ke siapa yang menyokong dia dulu sampai menang di kawasan ini? Kita bantah pembinaan gereja ini dah masuk kali ketiga.
“Apa yang dia buat? Penuhkan poket dia sahaja dan tidur,” katanya ketika bercakap di hadapan kira-kira 50 orang penduduk di kawasan berkenaan.
Penduduk di sekitar kediaman Mentari Court itu berkumpul atas tujuan membantah pembinaan gereja empat tingkat yang jelas menimbulkan kegusaran di kalangan majoriti penduduk yang beragama Islam.
Menurut Noriza Abu Bakar, 46, yang merupakan penduduk di Damai Apartment di kawasan berkenaan, rancangan pembinaan gereja di kawasan itu disfatkan sebagai tidak munasabah.
“Kenapa nak bina gereja di kawasan yang majoriti penduduknya orang Islam, yang mana penganut Kristian di kawasan ini hanya sekitar dua peratus sahaja. Ini tidak masuk akal.
“Malah, mereka ini juga bagi makanan percuma kepada semua orang. Ini yang kita risaukan, kita takut dengan anak-anak kita yang tak tahu apa-apa,” luah Noriza sambil menambah pembinaan gereja di kawasan ini seakan-akan satu usaha untuk memesongkan akidah umat Islam.
Sekitar 50 orang berkumpul di hadapan tapak rancangan pembinaan gereja empat tingkat itu bagi menyuarakan bantahan mereka.
Bagi penganjur bantahan itu, Mazlan Md Yunos, sebagai Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Lembah Subang, beliau berkata bahawa tindakan ini akan ditentang keras sehingga projek pembangunan gereja itu dibatalkan.
“Kami akan bantah sehingga pembinaan gereja ini dibatalkan, sebab kawasan ini tidak sesuai.
“Majoriti penduduk di sini beragama Islam, dan saya minta pihak majlis mencari tempat lain yang bersesuaian untuk membina gereja,” katanya.
Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 2012 telah meluluskan pembinaan gereja empat tingkat di kawasan tanah kosong yang telah diperuntukkan untuk pembinaan rumah ibadat bagi bukan Islam di antara pangsapuri Mentari Court dan Pangsapuri Damai.
Kawasan tersebut sebelum ini merupakan penempatan setinggan, tempat letak kereta dan gerai makan ~ RakyatPost
Ini penjelasan dari Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengenai isu ini..
Tapak gereja yang dirancang dibina di Petaling Jaya, yang menjadi tumpuan satu demonstrasi hari ini, diberi milik dan diwartakan pada 2001 sebagai tempat ibadah, semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN), kata Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini.
Ahli majlis (exco), Cynthia Gabriel berkata, tidak ada masalah dengan pembinaan gereja empat tingkat Praise Emmanuel Assembly itu kerana semua keperluan undang-undang sudah dipenuhi.
"Tanah ini diwartakan pada 2001 di bawah BN. Oleh itu, jika semua keperluan undang-undang dan prosedur diikuti, MBPJ tidak mendapati sebarang masalah dengan pembinaan gereja itu," Cynthia memberitahu The Malaysian Insider.
Tahun 2001 dulu tu kenapa tak bantah?.. mngkin semasa itu BN yang berkuasa disitu. jadi buat apapun tak apa....
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1rMPlDk
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself