Halloween party ideas 2015

Bapa, Belasah Anak Guna Kabel Brek | Pepatah melayu berkata, "Sayang anak tangan-tangankan, sayang bini tinggal-tinggalkan". Mungkin juga tepat pepatah tersebut, apatah lagi cabaran masakini dalam mendidik anak-anak menjadi orang berguna untuk agama dan masyarakat.






Begitu, di Kota Baharu, seorang bapa yang hilang pertimbangan bertindak memukul anaknya yang berusia 12 tahun menggunakan kabel brek basikal, mencekik leher dan menendang kaki serta tangan sehingga cedera selepas mendapati anaknya itu mencuri telefon bimbit sepupunya dalam kejadian di Pasir Hor, Khamis lalu.



Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa luka dan lebam di belakang badan, kaki serta tangan sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, oleh neneknya untuk dirawat.



Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng, sebelum kejadian bapa mangsa yang berusia 38 tahun membawa anak ke rumah sepupunya untuk menyerahkan kembali telefon bimbit dicuri.



Katanya, sebaik mangsa menyerahkan telefon bimbit itu, bapanya mengambil kabel brek basikal di bawah rumah dan memukul mangsa.



"Mangsa dibawa pulang ke rumahnya sebelum sekali lagi dipukul dengan kabel berkenaan, dicekik leher dan ditendang kaki serta tangan.



#Kami sebenarnya respect/hormat dengan bapa tersebut, era 80an dan 90an...anak-anak dididik dengan tegas oleh ibubapa agar menjadi manusia berguna...cuma pada masa kini tindakan sebegini memang tidak dapat diterima masyarakat yang lebih perihatin...lalu ia menjadikan anak muda/remaja kini lebih manja dan bebas melakukan apa saja yang mereka suka.



sumber

http://ift.tt/13tldZm





from KeZooM http://ift.tt/1vx9vn0

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.