ALOR SETAR - Tindakan Sisters In Islam (SIS) memfailkan semakan kehakiman ke atas fatwa yang mengharamkan kumpulan wanita Islam terbabit, dianggap biadab dan keterlaluan.
Penasihat Gagasan Sukarelawan Anak Muda Islam Malaysia (Lawan), Mohd Amin Ismail berkata, tindakan SIS itu mencabar institusi raja Melayu yang menjadi payung naungan agama Islam di negara ini serta Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.
"Ia juga membuktikan SIS mengetuai gerakan untuk menyebarkan ajaran atas nama Islam secara terpesong tanpa menjejak kepada sumber hukum yang nyata, iaitu al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas ulama,” katanya.
Fatwa tersebut memutuskan SIS sebagai pertubuhan haram kerana didakwa menganuti dan menyebarkan fahaman agama “liberal dan pluralisme.”
Semakan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Pengarah Eksekutif SIS, Ratna Othman dan ahli lembaganya, Datin Paduka Marina Mahathir.
Mohd Amin berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap SIS kerana bimbang anak muda mudah terpengaruh dengan ajaran yang tidak selari dengan Islam.
“Mereka sepatutnya bertaubat dan bermuzakarah dengan pihak berwajib bagi membetulkan kesilapan. Tindakan SIS mencabar fatwa itu di mahkamah hanya meluaskan sengketa dan menunjukkan kedegilan untuk menarik masyarakat kepada aliran songsang yang dinamakan dengan Islam,” katanya.
Mohd Amin berkata, inilah antara pelampau agama yang mesti ditangani pihak kerajaan agar ia tidak membara dalam masyarakat.
“Kerajaan boleh mencontohi tindakan tegas Majlis Ulama Indonesia yang memfatwakan haram kepada Jaringan Islam Liberal yang membawa pengaruh sama seperti SIS di Malaysia,” katanya.

from indah.com http://ift.tt/1DIGXLB
Dapatkan informasi informasi terbaru dan terhangat dengan cara klik join this blog, atau follow dengan email subscribe, dukungan andalah yang membuat blog ini akan terus berkreasi dan tetap ada di jajaran google search, jangan lupa untuk memberikan kometar dan jadikan ilmu yang anda baca ini berguna tidak bagi anda seorang, tetapi lebih baik lagi jika anda menyebarkannya dan membuat orang lain tahu apa yang anda ketahui hari ini, selamat beraktifitas.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself