Halloween party ideas 2015

31 Oct 2014





Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa penggantinya, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu bimbang kerana beliau tidak akan kembali mengambil alih pentadbiran negara.



Mahathir berkata demikian ketika menjawab satu pertanyaan dalam Forum Islam Antarabangsa di Putrajaya pagi ini.



Soalan itu diajukan oleh seorang ahli perniagaan yang berpendapat bahawa Malaysia akan kembali menjadi negara Islam utama sekiranya Mahathir masih mengetuai pentadbiran negara.



Beliau bertanya, apakah yang akan dilakukan oleh Mahathir untuk memimpin orang Islam sekiranya masih menjadi perdana menteri.



"Saya tidak akan menjadi perdana menteri pengganti,” kata Mahathir yang sering menimbulkan kritikan keras ke atas dasar Najib.



"Jadi, perdana menteri (Najib) tidak perlu bimbang,” katanya yang disambut dengan gelak ketawa oleh para peserta.



Dengan nada yang lebih serius, Mahathir menambah beliau akan mendidik nilai moral dan Islam di sekolah sekiranya masih menjadi perdana menteri.



"Jika saya masih jadi PM, saya mahu ajar moral dan nilai Islam di sekolah supaya anak-anak tidak menjadi mat rempit,” katanya.

Malaysiakini





from indah.com http://ift.tt/1vqNpm8

Dapatkan informasi informasi terbaru dan terhangat dengan cara klik join this blog, atau follow dengan email subscribe, dukungan andalah yang membuat blog ini akan terus berkreasi dan tetap ada di jajaran google search, jangan lupa untuk memberikan kometar dan jadikan ilmu yang anda baca ini berguna tidak bagi anda seorang, tetapi lebih baik lagi jika anda menyebarkannya dan membuat orang lain tahu apa yang anda ketahui hari ini, selamat beraktifitas.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.